fbpx

Menolak sumbangan wang haram

  • 5 months ago
  • 1Minute
  • 159Words
  • 144Views

Bagus Bro ni, tolak duit hasil forex, duit haram.

Sebenarnya daripada sudut hukum, menerima sumbangan / sedekah / derma daripada orang yang mendapatkan wang daripada sumber haram seperti di atas, hukumnya harus.

Dosa pemberi sedekah tidak ditanggung oleh orang yang menerima sedekah.

Dan dalam masa sama, bersedekah dan menderma daripada sumber haram tidak menjadikan ia halal.

Kaedah sama terpakai dalam muamalat lain seperti jual beli, nafkah dan seumpamanya.

Jual beli produk halal tetap sah sekalipun wang tersebut bersumberkan aktiviti haram. Dosa pembeli tidak ditanggung oleh penjual.

Sama juga nafkah seorang suami atau ayah kepada isteri atau anak, tetap halal digunakan waluapun ia daripada sumber haram. Dosa si ayah tidak ditanggung oleh isteri atau anak.

Ada pun dalam konteks di atas, Sdra kita yang menolak sumbangan daripada pelaku forex tetap boleh dijadikan tauladan kerana berjiwa besar menolak harta haram.

Kepada pemain forex, jauhkan diri daripada perkara haram. Banyak lagi pendapatan daripada sumber halal yang boleh dicari.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tolong berikan bukti bahawa McDonald's Corporation berikan sumbangan Israel. Saya…