fbpx

Menyimpan Lebih Mudah Daripada Melabur

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 261Words
  • 507Views

 

Menyimpan lebih mudah daripada melabur.

Melabur lebih sukar dan mencabar berbanding menyimpan.

Jika menyimpan ibarat membawa basikal, melabur ibarat membawa motosikal.

Jika menyimpan ibarat membawa motosikal kapchai, melabur ibarat membawa motorbike.

Lebih sukar membawa motorbike berbanding membawa motosikal kapchai tapi ia lebih menyeronokkan dan lebih cepat sampai jika kita bijak menunggangnya.

Begitulah ibaratnya perbandingan menyimpan dan melabur. Menyimpan lebih selamat sebab tiada risiko tapi lambat untuk mencapai matlamat kewangan sebab pulangannya rendah.

Melabur pula berisiko duit hilang tapi jika kita bijak memanfaatkannya, ia sebenarnya menyeronokkan dan memudahkan kita untuk mencapai matlamat kewangan kita.

Dalam pelaburan, perlu sentiasa ingat 2R yang sentiasa seiring ini; RISK & RETURN.

Kata orang, “High risk, high return. Low risk, low return”.

Yang lebih tepat ialah “High knowledge, high return. Low knowledge, low return”.

Andai kita sukar untuk menyimpan, lagi-lagi sukar untuk melabur sebab melabur perlukan ilmu dan disiplin yang tinggi berbanding menyimpan.

Simpanan tiada sebarang kos dan risiko tetapi melabur akan ada kos yang perlu ditanggung dan risiko yang perlu dihadapi.

Walaupun ada yang mengatakan bahawa ASB Financing atau membeli emas sebagai “force-saving” atau simpanan paksa, tapi saya lebih cenderung untuk mengatakan ia adalah “force-investment”, sebab ia datang dengan kos dan risiko tertentu.

Begitu juga dengan istilah “regular-saving” dalam unit trust, saya lebih cenderung dengan istilah “regular-investment” sebab ia bukan “saving” tapi “investment”.

Ia bukan bermaksud kita menafikan kelebihan instrumen-instrumen tersebut.

Cuma kita perlu tahu fungsi dan objektif setiap instrumen kewangan yang ada di hadapan kita agar tidak tersalah pilih.

Jika tersalah, kemungkinan menjerumuskan diri ke #nerakawang tanpa disedari.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Jika nak gunakan takaful sebagai alat untuk melangsaikan hutang yang…