Mereka Anak-anak Kita
Sedikit api dendam mampu mencetuskan kebakaran dahsyat yg membakar seluruh negara,
Percikan api kesumat itu telah membunuh puluhan nyawa,
Bukan sahaja membakar sebuah pusat tahfiz, malah membakar jutaan jiwa rakyat Malaysia,
Mereka hilang tahfiz-tahfiz muda, jangan pula kita sampai hilang akal dan jiwa,
Titipkan doa agar mereka damai abadi di dalam syurga,
Cukuplah sebelum ini hinaan dan cercaan kepada ustaz dan tahfiz seluruh negara,
Tak kurang label ke atas tahfiz muda ini sebagai keldai agama,
Usah pula dihina dan dicerca anak-anak muda yg hilang kewarasan dek ganja durjana,
Usah juga salahkan ibu bapa dan keluarga mereka,
Kita tidak tahu latar belakang mereka, entahkan berumah ataupun tiada,
Serahkan kepada pihak berkuasa untuk menangani mereka,
Biar hakim dan mahkamah yg memberi bicara adil kepada mereka,
Mereka perlukan perhatian kita utk dijaga, bukan untuk dibantai sesuka hati kita,
Pengajaran utama; Usah dipandang enteng sistem pendidikan dan tarbiyah anak-anak kita,
Move on, selepas ini apa pula tindakan kita?
Ramai lagi anak-anak tahfiz yg perlukan perhatian kita,
Tidak kurang juga anak-anak ganja yang menjadi mangsa sistem kekeluargaan yg huru-hara,
Kadang kala mereka selalu terlepas dari perhatian kita yg konon maksum dan terlepas dosa,
Usah dipandang hina anak-anak ganja,
Usah dipandang sepi anak-anak tahfiz muda,
Mereka anak-anak kita.
Bicara muhasabah ini utk saya.
Afyan Mat Rawi,
Juga punyai anak-anak tahfiz sebaya mereka yg tiada.
17.09.2017,
Jasin, Melaka.
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran