Dijemput Merasmikan Cawangan Kedai RM2 Di Kuang, Selangor

UNSANGKARABLE. No 4 dan nombor akhir paling tak sangka.

1. Saya tak sangka langsung ada kedai RM2 yang biasanya dipelopori oleh usahawan Cina, dibangunkan oleh anak Melayu yang pastinya Muslim!

2. Tambah tak sangka juga, bukan 1 kedai, bukan 2 kedai, bukan 3 malah sudah ada 34 cawangan di sellllllluruh Malaysia. Rujuk laman www.kedairm2murahjimat.com untuk detail alamat lokasi.

3. Juga saya tak sangka, rupa-rupanya di Lembah Klang sudah ada beberapa cawangan termasuk di Sentul, tak jauh dari tempat saya. Tak sangka langsung!

4. Lebih tak sangka lagi, saya diberi penghormatan oleh tauke rangkaian kedai RM2 dengan jenama JIMAT MURAH RM2, Tuan Hairul Nizam Hashim untuk merasmikan cawangan kedai beliau yang ke 34, di Kuang, Selangor pagi tadi. Kempen BMF ini menemukan saya dengan beliau.

5. Bulan depan, dikhabarkan akan dibuka pula di Sik, Kedah dan sasarannya ada 100 cawangan pada tahun 2020!

6. Saya sangkakan, untuk memulakan bisnes barangan RM2 sebegini perlukan modal yang besar sebab marginnya yang kecil. Kata orang, ia bisnes untung sen-sen. Tapi rupa-rupanya ia boleh bermula dari serendah RM750 hingga maksima RM55,000, melalui sistem yang disediakan.

7. Awalnya saya sangkakan RM55,000 itu untuk renovation kedai sahaja, tapi Rupa-rupanya ia termasuk sekali dengan ubahsuai kedai, perkakasan serta stok barangan jualan dengan nilaian RM30,000, yang 100% menjadi milik pemilik cawangan.

8. Ia tidak menggunakan sistem franchise yang memerlukan kos dan yuran tahunan tinggi setiap tahun sebaliknya menggunakan konsep perkongsian bisnes.

9. Pemilik cawangan memiliki 100% kedai dan premisnya. Pihak HQ mendapat keuntungan apabila barangan di cawangan laris dan mengambil stok baru dari HQ.

10. Bayaran pakej-pakej yang disediakan tadi, termasuk untuk training-training kepada para usahawan dan kakitangan cawangan serta pemantau secara berkala.

11. Bagi kedai 1 pintu sebagaimana yang saya rasmikan pagi, hanya perlukan 2 atau 3 sahaja pekerja dengan anggaran kos overhead sebulan RM7,000++, bergantung kepada kos sewa. Yang tadi, sewa RM2,000 sebulan.

12. Ada hampir 3,000 produk yang dipasarkan dalam rangkaian bisnes MURAH JIMAT RM2 ini. Pakej paling rendah RM750 sesuai untuk peniaga-peniaga pasar malam, atau berniaga dari rumah.

13. Ya, tak dapat dinafikan produk-produk yang dijual bukanlah 100% keluaran orang Islam, tapi bisnes ini dimiliki oleh orang Islam sekaligus menyokong kempen Buy Muslims’ First BMF ini. Ia satu permulaan yang baik ke arah menggalakkan lebih ramai lagi usahawan Muslim yang mampu bekalkan produk-produk untuk dijual dengan harga RM2.

14. Dalam ucapan perasmian tadi, saya sebut umat Islam di Malaysia WAJIB jadi kaya! Kaya ialah FARDHU KIFAYAH. Nabi Muhammad (selawat) ialah orang kaya sebelum jadi Nabi lagi.

15. Nabi Muhammad kaya bukan sebab menumpang kekayaan Khadijah. Malah sebenarnya Nabi Muhammad kaya sebelum baginda berkahwin lagi. Buktinya, mas kahwin baginda ialah 20 ekor unta! Berapa agaknya nilai itu jika convert kepada RM zaman sekarang?

16. Kita mahukan lebih ramai orang Muslim kaya supaya kekayaan itu dapat dikembalikan kepada ummah melalui zakat, pembinaan masjid, madrasah, tahfiz, kebajikan dan sebagainya. Berapi-rapi juga ucapan saya tadi. Hahaha.

17. Kita doakan lebih ramai lagi usahawan Muslim muncul dan dapat dilahirkan melalui model bisnes win-win ini.

18. Untuk makluman, sepanjang hayat saya, inilah kali pertama saya rasmikan kedai. Kekok betul rasanya ketika beri ucapan perasmian tadi. Rasa macam YB menteri pula. Perasan betul!

Afyan Mat Rawi
Bekas bakal YB Wakanda

Baca sampai habis? Minta tolong sikit boleh?

1. Follow dan klik see first FB.com/afyan.ikhlas ini jika belum
2. Klik share posting ini
3. Jemput follow saya di beberapa media sosial lain;
Telegram t.me/AfyanIFP
YouTube.com/c/AfyanIFP
Instagram.com/Afyan.IFP

[DISDISCLAIMER. PENAFIAN. DISCLAIMER. PENAFIAN.

Tulisan ini menjadi viral dan ramai PM saya bertanyakan soalan dan ada juga yg pernah membuka kedai ini mengadukan masalah.

Jadi suka saya kongsikan PENAFIAN ini sebelum lebih banyak lagi PM masuk.

Saya tidak ada sebarang kepentingan dan saham dalam bisnes ini.

Saya hanya tukang rasmi sahaja semalam dan melihat bisnes model ini yang genuine.

Maklumat yang saya kongsikan adalah daripada owner syarikat di atas berdasarkan maklumat yang saya peroleh ketika merasmikannya semalam.

Sebarang pertanyaan, persoalan, permohonan sehinggalah menjadi usahawan – SAYA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.

Itu ialah urusan Tuan-Puan dengan owner brand JIMAT MURAH RM2 ini, Tuan Hairul Nizam Hashim.

Saya cadangkan hadiri kursus yang disediakan oleh beliau dan buat sedikit kajian pasaran tentang potensi bisnes ini sebelum mengambil keputusan.

Dalam mana-mana bisnes pasti akan ada risiko dan potensi untung.

Harus barang diingat, 90% bisnes akan gagal dalam masa 3 tahun.

Sekian, wassalam

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com