fbpx

Mesej di Media Sosial Juga Ada Cara dan Etika

  • 6 years ago
  • 2Minutes
  • 248Words
  • 636Views

Sesekali buka mesej folder “request”, berlambak mesej masuk.

Ada yg sempat saya reply ada yang saya abaikan.

Yg saya abaikan selalunya jenis macam ni;

1) Bagi salam sahaja. Kalau jenis macam ni saya akan jawab salam dalam hati sahajalah.

2) Mesej “boleh saya tanya soalan?” walhal mesej itu pun sudah mengandungi soalan. Jadi si penanya sudah pun tanya soalan dan objektif beliau menghantar mesej sudah tercapai.

3) Hantar gambar, expect saya tahu apa mahunya. Saya bukan Profesor X yg boleh baca hati dan fikiran orang lain

4) Tanya pasal scam. Letih nak jawab dan bukan semua scam dalam dunia saya tahu. Kes Norsham dengan Kopi Pak Belalang pun saya tak sempat settle lagi. Gunakan prinsip ini “semua pelaburan adalah scam kecuali dibuktikan sebaliknya”.

Tuan-Puan,

Saya kongsikan sedikit panduan utk hantar mesej kali pertama kpd orang yg tidak pernah kita bermesej.

1. Mulakan dengan salam yang sempurna.

2. Berikan penghormatan kpd orang yang kita hubungi. Bukan orang tu nakkan penghormatan, tapi lebih kepada adab tatasusila berbahasa.

3. Perkenalakan diri serba sedikit. Paling kurang nama dan dari mana. Jika ia ada kaitan dgn mesej yg ingin disampaikan, ceritakan juga.

4. Tujuan mesej dihantar. Apa mahunya? Apa soalannya?

5. Gunakan ayat bahasa Melayu dgn ejaan dan susunan tatabahasa yang betul. Jangan guna ayat budak wechat dengan singkatan yang alien planet Zargus pun pening nak baca.

6. Hantarlah mesej yang berkaitan dgn individu yang ditanya. Biar releven.

Saya sertakan contoh mesej yang saya malas ataupun tak larat nak jawab.

Harap-harap tak ada lagi mesej sebegini masuk.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Umur 25 tahun, gaji hanya RM2,000 tapi boleh tanggung kos…