fbpx

Pentingnya Pampasan Sakit Kritikal di Dalam Pelan Takaful Anda

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 236Words
  • 524Views

Pentingnya pampasan sakit kritikal di dalam pelan takaful anda. Tulisan di FB Tn Norajian Kamarudin ini menceritakan situasi yang menunjukkan pentingnya pampasan sakit kritikal.

Saya Ada minum dan berbual dengan seorang sahabat. Sahabat saya ini juga seorang ejen takaful, tetapi dari syarikat yang lain.

Walaupon kami mewakili syarikat takaful yang berlainan, tetapi kami sering juga berjumpa, minum, berbual-bual dan berkongsi pengalaman dan cerita mengenai dunia takaful.

Sahabat saya berkongsi yang seorang client beliau telah disahkan menghidapi kanser hampir setahun lalu. Sekarang sudah menjangkaui stage 3.

Syukur, polisi takafulnya inforce dan telah dapat manfaat sakit Kritikal. Bayaran sumbangan bulanan juga telah waive.

Pelan takafulnya juga ada Medical Card.

Sehingga kini, kos untuk rawatan beliau sudah menghampiri RM200,000.

Jadi, masalah lain yang timbul sekarang ialah pampasan sakit kritikal yang beliau terima dari polisi takafulnya cuma RM40,000 sahaja. Medical Card nya juga hanya cover RM50,000 setahun. (Annual limit medical card).

Beliau terpaksa mencari sumber lain untuk menampung kos rawatan tersebut. Memang keadaan kewangan beliau sekarang agak kritikal.

Di sinilah perlunya pampasan sakit kritikal di dalam pelan takaful kita kerana medical card hanya untuk membayar bill2 hospital sahaja. Sedangkan pampasan sakit kritikal boleh digunakan untuk menampung kos2 lain seperti perbelanjaan harian, kos2 perjalanan atau boleh dikatakan sebagai income replacement kita.

Untuk medical card pula adalah lebih baik jika kita boleh dapatkan medical card yang tiada had tahunan.

Norajian Kamarudin
INFAQ Consultancy

#incomeprotection
#criticalillnes
#medicalplan
#infaqconsultancy

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Sesekali buka mesej folder “request”, berlambak mesej masuk. Ada yg…