fbpx

Minat dan Cinta

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 273Words
  • 291Views

Dipetik dari FB Aiman Zaki berkenaan Minat dan Cinta.

 

[Minat dan Cinta]

Perhatian: Hantaran ini tentang kepuasan dalam bekerja.

Tahu tak, ramai yang kerja tapi tak minat apa yang dia buat sekarang.

Bukan nak suruh berhenti kerja.

Nak beritahu, apa sahaja yang kita buat sekarang ni kena cari minat tu sampai jumpa.

Dari minat lahirnya cinta.

Nak pupuk minat boleh jadi;

1. Buat apa kita minat.
2. Minat apa kita buat.

Dah capai apa yang kita nak, namun sebab minat kita tetap buat sebab cinta.

Nak tahu kita dulu minat solat tak? Namun kita pupuk disiplin solat kerana cinta.

Kita tengok cikgu, ingat dia minat ke mengajar kat sekolah? Namun cinta kepuasan ilmu turun kepada anak murid dia terus mengajar.

Kita tengok pegawai farmasi, ingat dia minat ke ‘dispense’ ubat kat pesakit hari-hari? Namun demi cinta untuk pesakit sihat – dia terus lakukan kerja ‘dispensing’.

Ingat ejen takaful minat ke nak jumpa orang hari-hari? Namun kerana cinta dapat membantu kewangan klien di waktu musibah kami teruskan.

Biar tidak dibayar wang, kita tetap solat demi cinta.
Biar tidak dibayar wang, seorang guru terus mengajar demi cinta.
Biar tidak dibayar wang, ahli farmasi terus sebarkan kepentingan makan ubat.
Biar tidak dibayar wang, seorang ejen terus sebarkan kebaikan takaful demi cinta.

Bila dah kaya, kita tetap solat demi cinta.
Bila dah kaya, seorang guru terus mengajar demi cinta.
Bila dah kaya, seorang ahli farmasi tetap cerita pasal ubat demi cinta.
Bila dah kaya, seorang ejen terus sebarkan kebaikan takaful demi cinta.

‘Rancang Kewangan, Ubah Kehidupan’

Aiman Zaki,
INFAQ Consultancy.

Doakan saya!

Ejen takaful yang baca ni wajib share dan hadamkan.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
“Najis Manusia Paling Mahal di Dunia Dilengkapi Perlindungan Insurans” Najis…