Misi mustahil: Perpaduan politik dalam menyelematkan ekonomi Malaysia
Ekonomi negara kita sekarang sedang sangat tenat dan politik negara sangat tidak stabil.
Maaf, saya tidak nampak masa depan ekonomi negara di tangan parti yang memerintah sekarang.
Dalam masa sama juga saya tidak nampak masa depan sekiranya berlaku perubahan lagi dalam masa terdekat
Jika krisis kesihatan sudah pun tamat setahun dua lalu, tapi krisis politik sejak bertahun-tahun masih belum nampak jalan keluar.
Suhu politik negara senantiasa panas dan ada sahaja isu-isu baru muncul sejak PRU lepas. Malah saya kira sejak PRU 2018 memang panas semacam, jika tidak masakan sampai 4 kali Perdana Menteri berubah dalam masa 5 tahun.
Andaikata Perdana Menteri bertukar atau jatuh kerajaan yang sedia ada dan naikkan yang baru, masih tidak dapat dirikan Malaysia yang stabil kerana tiada parti yang menang solid.
Alangkah baiknya jika kedua-dua kerajaan dan pembangkang saling bekerjasama fokus kepada pembangunan negara.
Semua parti ada pengalaman kerjasama sesama sendiri, dan alangkah bagusnya sekiranya dapat wujudkan Kerajaan Perpaduan.
Dan masing-masing pun menjadi kerajaan dan pembangkang di peringkat ngeri-negeri.
Tiada parti yang menang semua, tiada parti yang kalah semua.
Sekarang pun masing-masing dah jilat ludah masing-masing, jadi tak ada masalah besar untuk jilat lagi selepas ini, demi kebaikan rakyat.
Apabila suhu politik negara dapat diredakan, pelabur pun lebih yakin dengan ekonomi Malaysia.
Tapi ia semacam misi mustahil, kecuali semua kepala parti tolak tepi ego masing-masing dan wujudkan Kerajaan Perpaduan dalam erti kata sebenar dari sudut politik iaitu negara tanpa pembangkang.
Kerajaan Perpaduan atau Unity Government Atau YuJi adalah salah satu model negara dalam sistem demokrasi moden. Ia adalah jalan keluar terbaik daripada kemelut politik apabila tiada parti yang menang majoriti mudah.
Kepada yang membaca posting ini dan ingin memberi komen, mohon ketepikan sentimen politk kepartian dan tidak sesekali memberi gelaran buruk jika tidak mahu nampak bodoh.
Kalau kita tak dapat mengubah pemimpin di atas, kita mulakan sesama kita untuk melihat Malaysia yang lebih stabil.
Siapa sokong, kongsikan pandangan anda di ruangan komen. Kita berpolitik secara matang.
Misi mustahil ini jika tidak dapat dalam masa terdekat, ia untuk generasi anak-cucu-cicit kita kelak.
Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran