fbpx

Risiko pengeluaran KWSP dan bahaya menggunakan KWSP sebagai cagaran hutang

  • 11 months ago
  • 3Minutes
  • 438Words
  • 134Views

1. Masih ingat lagi, saya dikecam teruk ketika berikan pandangan bahawa pengeluaran KWSP merisikokan dana persaraan rakyat.

Ketika itu masa awal-awal pendamik selepas PKP diumumkan, tahun 2020.

Walaupun dalam tulisan tersebut saya nyatakan bahawa jika betul-betul ada keperluan, silakan keluar dan gunakan dengan berhemah, tapi yang kecam tak ambil kira yang tu.

Siapa ingat? Bagi yang follow daripada FB lama, tentu ingat.

Sayangnya akaun FB tu sudah tidak boleh diakses lagi, jadi tak dapat nak tengok balik komen-komen di posting itu. Tulisan tersebut masih boleh dibaca di blog.

2. Sehingga kini prinsip saya masih sama. Jika idea pengeluaran KWSP pun saya kurang setuju, apatah lagi jika ingin jadikan KWSP sebagai cagaran hutang.

Ia tiada kaitan dengan kecenderungan politik saya. Pengalaman dan tips kewangan yang saya kongsikan tidak dipengaruhi langsung oleh sokongan politik saya kepada mana-mana parti.

Saya tidak pernah mengaku sebagai non-partisan. Tapi dalam bab perkongsian ilmu-ilmu kewangan, saya berani janji dan amanah bahawa ia non-partisan. Ia boleh digunakan tidak kira parti mana anda sokong.

3. Pengalaman 20 tahun dalam industri kewangan, berjumpa dengan bermacam-macam kes mereka yang suffer apabila dibebani hutang demi hutang.

Lebih parah lagi, ada di kalangan mereka adalah T20 dan mempunyai masalah keberhutangan yang tinggi.

Masalah mereka sebenarnya bukan sebab tak ada duit tapi tak ada ilmu kewangan.

Jika idea pengeluaran KWSP pun saya kurang setuju, apatah lagi jika ingin jadikan KWSP sebagai cagaran hutang.

Tidak dapat dinafikan bahawa jika bijak dalam kewangan, kita boleh manipulasi hutang tersebut untuk menjana lebih keuntungan atau dalam pelaburan ia disebut sebagai “others people money” atau OPM.

Namun ia perlu didahului dengan ilmu.

Hutang ibarat pisau, jika di tangan seorang chef ia boleh digunakan untuk menghasilkan hidangan masakan yang lazat. Namun jika ia berada di tangan seorang kanak-kanak, ia boleh mencederakan dan membahayakan nyawa.

4. Yang mempunyai masalah kewangan sehingga terdesak dan memerlukan pengeluaran KWSP berdasar ini sudah tentu majoriti bukan daripada golongan yang mahir dalam ilmu kewangan.

Hutang mereka yang bermasalah kewangan tadi bakal berisiko menjadi non-performing loan (NPL) apabila mereka gagal membayar balik ansuran yang ditetapkan oleh bank. Apabila ia berlaku, bank boleh ambil wang KWSP penghutang tadi dan menambahkan lagi masalah baru.

Sudahlah hutang bank tak dapat bayar dan disenaraihitamkan bank, wang persaraan pula tergadai. Ibarat Pak Kaduk, kalah sabung dan kampung tergadai.

Jika KWSP bersasar bakal merisiko simpanan persaraan pencarum, tapi menjadikan KWSP sbg cagaran hutang bank bukan sekadar merisiko dana persaraan mereka, malah mendedahkan pencarum kepada risiko baru.

KWSP bersasar bukanlah solusi terbaik, tapi mencadangkan KWSP sebagai cagaran bakal memburukkan lagi keadaan. Kecuali pinjaman tersebut secara qardhul hassan, ia boleh mengurangkan risiko sebut.

Jika takut dengan risiko, usah bicara soal perjuangan. Eh?

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended