Mixue dah kalahkan McD, KFC & Starbucks?! Ini sebabnya

Tak sangka! Mixue kini ada lebih banyak cawangan daripada McDonald’s, KFC & Starbucks di seluruh dunia!
Bagaimana jenama ais krim dan teh viral ini boleh berkembang dengan begitu pantas?
Jom bongkar fakta menarik tentang Mixue!
ASAL-USUL
Diasaskan pada tahun 1997 di Zhengzhou, China oleh Zhang Hongchao.
Bermula sebagai gerai kecil yang menjual ais kisar dan teh sejuk.
Kini berkembang ke lebih 30 negara, termasuk Malaysia, Indonesia & Thailand.
MENGATASI McDONALDβS, KFC & STARBUCKS?
Mixue kini mempunyai lebih 45,000 cawangan di seluruh dunia!
Jumlah ini lebih banyak daripada McDonald’s, KFC & Starbucks di China.
Kejayaan ini dicapai dalam masa yang jauh lebih singkat berbanding jenama lain.
RAHSIA MIXUE BOLEH JUAL MURAH
Kos buka satu cawangan Mixue di China hanya RM60,000 – RM80,000.
Mixue kawal sendiri rantaian bekalan β dari ladang teh hingga kilang gula!
Ini membolehkan mereka menjimatkan kos dan jual dengan harga mampu milik.
Mixue juga guna konsep kedai minimalis untuk kurangkan kos operasi.
Kos buka francais Mixue di Malaysia lebih sekitar RM400,000 – RM500,000.
Namun ia asih jauh lebih murah berbanding jenama boba lain seperti Tealive.
IPO & NILAI PASARAN MIXUE
Pada 3 Mac 2025, Mixue berjaya mengumpul $444 juta dalam IPO di Hong Kong.
Saham Mixue naik lebih 40% dalam sehari selepas penyenaraian!
MASKOT RASMI MIXUE: MR. SNOW
Maskot rasmi Mixue dikenali sebagai Mr. Snow.
Mr. Snow berbentuk manusia salji dengan mahkota di kepala.
Rekaan comel ini menjadi ikon utama dalam pemasaran Mixue di seluruh dunia.
Netizen Malaysia pernah troll logo Mixue kerana Mr. Snow tiada kaki! Sebab apa tak ada kaki? Sebab kena kencing manis
STATUS HALAL MIXUE DI MALAYSIA
Mixue pernah terpalit kontroversi status halal.
Pihak Mixue Malaysia telah menjelaskan bahawa semua bahan halal.
Beberapa cawangan Mixue Malaysia telah mendapat sijil halal JAKIM.
Senarai rasmi cawangan halal boleh dirujuk di laman rasmi Mixue Malaysia.
MIXUE VS TEALIVE & GONG CHA
Walaupun harga murah, Mixue tetap bersaing dengan jenama premium seperti Tealive & Gong Cha.
Strategi utama Mixue ialah harga rendah + lokasi strategik + branding viral.
Dah cuba Mixue? Saya belum pernah lagi minum.
Minuman mana paling best bagi anda? Komen di bawah!

Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran