fbpx

Tiktoks, YouTuber, Influencer BUKAN pekerjaan!

  • 10 months ago
  • 2Minutes
  • 264Words
  • 422Views

Tiktoks, YouTuber, Influencer BUKAN pekerjaan!

Tadi saya baca tulisan daripada FB Celoteh Dr Malar.

Dr. Malar berkongsi pengalaman pergi ke sebuah sekolah di Ampang.

Dia tanya budak-budak tingkatan 3 nak jadi apa bila besar nanti.

Tanya jadi doktor? Tak ramai angkat tangan.

Tanya jadi engineer, tak ramai angkat tangan.

Tanya jadi cikgu, tak ramai angkat tangan.

Rupa-rupanya ramai yang kata nak jadi TikToker atau YouTuber.

Tapi Dr. Malar dengan tegas kata, jadi TikToker bukanlah satu pekerjaan yang stabil. Dia cakap TikTokers yang berjaya macam Khairulaming tu sebenarnya usahawan, bukan sekadar TikTokers. Mereka guna TikTok dan Facebook untuk berniaga, bukan sekadar hiburkan orang.

Dr. Malar juga tekankan yang hidup jadi TikToker ni tak stabil langsung. Duit yang masuk boleh naik turun cam roller coaster.

Lagi satu, sebagai influencer, diorang selalu kena bagi ulasan free atau kerja tanpa bayaran. Ini adalah kenyataan yang tak semua orang nampak, diorang fikir TikToker hidup mewah.

So, pesanan Dr. Malar ni penting. Budak-budak sekolah kena focus on pendidikan, cari ilmu sebanyak mungkin. Mereka kena cari kerja yang boleh bagi pendapatan stabil dan simpan duit.

Kalau nak berniaga, kena faham yang berbisnes ni ada risiko dan boleh rugi.

Tiktok, YouTube, termasuk media sosial lain adalah platform untuk pemasaran dan branding terhadap kerjaya dan bisnes yang kita jalankan.

Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan perlu lakukan sesuatu ke dalam sistem pendidikan hari ini.

Tapi paling penting ialah peranan ibu bapa di rumah, jangan mengharap semata di sekolah.

Kalau tak dibendung daripada sekarang, apalah agaknya akan jadi pada generasi akan datang?

Boleh baca tulisan penuh di FB Celoteh Dr Malar

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Selalu yang biasa kami daripada bakal prospek "Produk takaful ni…