Moga ada sinar buat keluarga balu dalam perjuangan menuntut hak hibah

  • 2Minutes
  • 344Words
  • 11Views

Saya baru sahaja mengemukakan satu cadangan kepada Malaysian Takaful Association (MTA).

Cadangan ini menyeru agar syarikat-syarikat takaful memberikan jaminan kepada pelanggan mereka, untuk menyediakan khidmat guaman secara pro-bono sekiranya berlaku situasi manfaat hibah takaful dicabar di mahkamah.

Cadangan ini juga menyarankan agar perlindungan tambahan tersebut diberikan tanpa perlu menaikkan sumbangan takaful sedia ada.

Saya mohon sokongan rakan-rakan industri takaful serta para pelanggan yang prihatin untuk menyokong cadangan ini dengan menekan butang like dan share agar suara ini sampai kepada pihak berkepentingan.

Baru sebentar tadi, saya berhubung dengan adik balu kes hibah takaful yang sedang tular, Sdra Shahrul Sabri.

Sebak suaranya bercerita perkembangan terbaru kali ini. Tempoh hari pun beliau jugalah yang berkongsi maklumat kes itu kepada saya, sebelum saya membuat hantaran di media sosial dan menggemparkan industri takaful.

Ramai ejen yang kecam, tapi saya tahu apa yang sedang dibuat.

Saya tergamam apabila dimaklumkan bahawa terdapat ENAM kes serentak yang sedang berjalan di mahkamah melibatkan keluarga ini:

1. Hibah takaful

2. Permohonan nafkah

3. Permohonan harta sepencarian

4. Permohonan pentadbir pusaka

5. Pembahagian faraid

6. Tuntutan ke atas sebidang tanah

Lebih menyayat hati, kos guaman yang telah dihabiskan setakat ini sudah melebihi RM100,000!

Itu belum termasuk kos ulang-alik ke mahkamah, masa, dan tekanan emosi yang ditanggung selama LIMA TAHUN!

Sdra Shahrul turut menyatakan rasa syukur apabila kes ini menjadi tular dan mendapat perhatian, sekali gus memberi tekanan kepada pihak tertentu untuk mengambil tindakan.

Katanya, jika ia tidak diviralkan, mungkin sampai sekarang tiada siapa yang tahu dan tiada siapa yang peduli.

Memang sedih mendengar cerita ini. Hibah jadi hiba.

Membayangkan, bagaimana jika hal ini terjadi kepada diri sendiri, kepada isteri saya, atau kepada mana-mana wanita yang kita kasihi.

Lebih menyedihkan, kakaknya yang menjadi balu dalam kes ini hanyalah seorang penjaja kecil berniaga nasi ayam.

Kini beliau perlu menyara tiga orang anak yang masih bersekolah, sambil menanggung kes mahkamah yang tidak berkesudahan.

Moga Allah berikan kekuatan kepada keluarga balu dan anak-anak, serta kemenangan kepada mereka untuk SEMUA ENAM KES di atas.

Amiiiin. Mohon sokongan semua rakan-rakan yang membaca tulisan ini untuk like dan share.

Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Add a Comment

Recommended
Ada yang mencadangkan agar dibuka tabung derma untuk membantu keluarga…