fbpx

Hibah – Kenapa Isteri Tak Letak Nama Suami?

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 233Words
  • 709Views

Dipetik dari FB Wafi Razali

“Kenapa para isteri susah nak letak penama hibah kepada suami sendiri?”

Sebagai perunding di Infaq Consultancy, bermacam-macam ragam yang saya jumpa bila berjumpa dengan klien.

Apa yang menarik, kebanyakan klien yang menghubungi saya untuk membuat hibah takaful adalah daripada kaum wanita.

Mungkin kerana kaum wanita yang paling banyak terkesan jikalau suami sebagai pencari nafkah utama di timpa musibah, jadi mereka lebih cakna dan ingin mengambil langkah berjaga-jaga lebih awal.

Dan apa yang lebih menarik adalah, klien-klien wanita yang kebanyakannya bergelar isteri, lebih cenderung untuk meletakkan anak-anak atau ibu bapa sebagai penama bagi hibah takaful mereka.

Terutama hibah takaful itu orang yang dilindungi adalah isteri itu sendiri.

Apabila saya tanya kenapa tak letak nama suami? Jawapan mereka walaupun kedengaran lucu tapi ada asasnya.

“Lebih selamat saya bagi pada anak-anak. Kalau letak nama suami, takut suami kahwin lain lepas saya meninggal dunia.”

Saya andaikan sahabat-sahabat fb saya yang kebanyakannya bergelar isteri solehah tidak berfikiran begitu. Betulkan?

Jadi apa solusinya? CROSS HIBAH.

 

Cross Hibah

Suami ambil hibah, letakkan penama isteri & juga isteri ambil hibah serta letakkan suami sebagai penama hibah.

Dengan cara ni, tiada lagi kesangsian terhadap pasangan serta bersetuju untuk saling bantu membantu.

Suami dah ada hibah. Isteri bila lagi?

Wafi Razali

Infaq Consultancy

p/s: Para suami tanpa rasa ragu-ragu bila ambil hibah takaful terus letak nama isteri, kan?

 

 

Sumber dari Fb Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
8 Punca Rezeki Dalam Al Quran 1. REZEKI ANAK Dan…