Motivasi melawan scammer
Ada orang tanya, apakah motivasi saya melawan scammer.
Inilah jawapan saya. Tak adalah motivasi sangat:
Asalnya masa belajar dulu saya pernah terjebak dgn scam bernama Skybiz.
Kemudian, tahun akhir saya ambil subjek elektif Consumer Law dan buat tugasan bertajuk SKIM PIRAMID / SKIM CEPAT KAYA.
So, drp situ saya boleh mengesan sesuatu itu skim cepat kaya dengan mudah.
Lepas grad terlibat dlm bidang kewangan, selalu klien & kenalan tanya sesuatu skim utk mereka join atau promote.
Kemudian tak lama lepas grad, saya diperkenalkan dengan satu skim bernama Buluh Mas. Ramai ahli keluarga saya, saudara mara, pakcik makcik, sepupu sepapat terlibat.
Sekali imbas saya dah tau ia scam, dan tak lama selepas itu ia tersontot.
Taklah motivasi sangat, tapi itu antara dorongan saya asalnya utk mengelakkan orang-orang terdekat saya kena scam.
Begitulah lebih kurangnya….
BTW, siapa pernah dengar scam Skybiz dan Buluh Mas ni? Hanya lejen je yang kenal….
Pengalaman saya melawan scammer sehingga
– pernah disaman,
– pernah kena ugut,
– pernah bonzer datang ke ofis
– dll
ada ditulis dalam Buku Tersontot Di Pintu Shorga
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran