Mudahnya Urusniaga Hartanah
Jual harga di bawah pasaran
Ketika musim gawat sebegini, banyak hartanah akan dijual dengan harga di bawah nilai pasaran.
Contoh, harga pasaran yang dinilai oleh valuer dan bank ialah RM500,000, dijual dengan harga RM450,000. Ada buffer RM50,000 utk mark up.
Dalam situasi ini, biasanya pembeli akan melalukan “mark up loan”. Ia adalah “open secret” dalam komplot di antara pembeli, penjual, ejen hartanah, peguam dan banker.
Satu sudut ia bagus dalam masa sama perlu berhati-hati. Silap gaya boleh rugi.
Baca perkongsian oleh Tuan Peguam Salkukhairi Abd Sukor berkenaan isu ini:
1. Tahukah anda bila anda markup, dalam SNP akan ditulis dengan harga markup, bukannya harga sebenar. Oleh yang demikian, anda akan dikenakan legal fees, duti stem pindah milik dan fees pendaftaran di pejabat tanah mengikut harga yang tertulis dalam SNP tadi. Ini akan menyebabkan kos guaman anda jadi lebih tinggi.
2. Anda terpaksa bayar interest/profit kepada pihak bank untuk jumlah yang anda markup tersebut sepanjang tempoh pinjaman. Misalnya, kalau anda mark up RM10k, untuk sepanjang tempoh pinjaman 30 tahun misalnya, anda mungkin terpaksa membayar melebihi RM25k kepada pihak bank untuk jumlah yang anda markup tersebut. Dalam jangka masa panjang ianya akan merugikan anda.
3. Anda terpaksa tanggung bayar cukai keuntungan harta tanah (CKHT) terhadap amaun yang anda mark-up tersebut. Ini kerana penjual tidak akan bertanggungjawab untuk menanggung bayaran CKHT terhadap amaun yang anda mark-up kerana jumlah itu tidak dapat kepada mereka.
4. Sekiranya anda markup , berkemungkinan besar harga markup tersebut akan jadi lebih tinggi drpd current market value sebenar. Ini akan menyebabkan bank sukar untuk meluluskan pinjaman anda kerana harga jualan lebih tinggi daripada market value.
Walaupun mungkin pinjaman anda diluluskan mengikut market value memandangkan anda beli rumah tersebut dengan penjual di bawah market value dan anda akan dapat lebihan wang daripada markup tersebut, tetapi anda tetap perlu menampung kos guaman yang lebih tinggi, bayaran ansuran bulanan yang lebih tinggi dan terpaksa menanggung bayaran CKHT terhadap jumlah markup yang diluluskan oleh pihak bank. Adakah anda rasa ianya berbaloi? Terpulang kepada anda untuk memikirkannya.
5. Tahukah anda, untuk urusan jual beli rumah yang dalam pembinaan oleh pemaju pula, segala bayaran tuntutan progres akan terus dibayar oleh bank/LPPSA ke dalam akaun pemajuan perumahan pemaju, termasuklah untuk jumlah yang anda mark-up tadi. Adakah anda yakin pemaju akan sewenang-wenangnya keluarkan duit dalam akaun tersebut untuk dipulangkan kepada anda? Jika pemaju tak nak pulangkan apa akan jadi pada duit anda? Maka terpaksalah anda failkan tuntutan terhadap pemaju.
Kalaupun pemaju pulangkan wang markup tersebut, kebiasaannya ianya hanya akan di pulangkan setelah milikan kosong rumah tersebut diserahkan. Dan ada sesetengah pemaju yang akan potong terus jumlah faedah lewat bayar yang anda terpaksa tanggung daripada amaun markup tersebut dan bakinya barulah diserahkan kepada anda. Hakikatnya, tidak mudah bagi pemaju hendak lepaskan keseluruhan wang markup yang telah masuk dalam akaun mereka begitu sahaja.
6. Biasanya pemaju juga akan kenakan caj administration fees untuk urusan markup tersebut. Dan anda terpaksa bayar fees tersebut on the spot. Ada sesetengah pemaju yang akan potong terus dari jumlah yang anda markup tersebut. Akhirnya, anda tak kan dapat penuh jumlah yang anda markup tadi.
7. Selain daripada ianya bertentangan dengan amalan guaman hartanah yang sebenar, tindakan markup juga bakal menyusahkan pembeli. Ini kerana ada sesetengah bank yang mengkehendaki pembeli menunjukkan bukti seperti bank in slip atau resit bayaran untuk mengesahkan yang mereka telah menjelaskan bayaran baki beza kepada penjual.
Lebih tinggi markup, lebih tinggilah bayaran baki
Lebih tinggi anda markup, lebih tinggilah anda terpaksa jelaskan bayaran baki beza tersebut kepada penjual. Tanpa bukti pembayaran yang jelas, bank tidak akan lepaskan keseluruhan pinjaman perumahan anda.
Jadi nasihat saya, selain daripada lihat kepada sedikit kebaikan yang ada, anda juga perlu memberi pertimbangan terhadap kesan dan risiko jangka masa panjang yang bakal anda hadapi sekiranya anda markup harga jual beli.
Ianya tidak menguntungkan anda sepenuhnya, bahkan boleh mendedahkan anda dengan RISIKO KERUGIAN dalam jangka masa panjang! Oleh itu fikir-fikirkanlah sebelum membuat keputusan untuk MARKUP.
Jadi, suka saya sarankan agar anda pelajari selok belok urusniaga hartanah.
Mulakan dengan ilmu hartanah sebelum beli hartanah. Biar kita bayar lebih untuk yuran kepandaian daripada rugi apabila terpaksa membayar cukai kebodohan.
Nak tak saya rekomen ilmu tersebut?
Saya nak rekomen Tuan-Puan belajar ilmu urusniaga hartanah di Malaysia
Ilmu urus niaga hartanah daripada peguam hartanah. Jarang peguam menulis sebegini
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran