Mereka Yang Hebat Pun Dapatkan Ebook #eSeminarBMW

Image may contain: 1 person

Terkejut juga saya ketika mengetahui Tuan Noor Amin mendapatkan E-learning Seminar Bijak Merancang Wang #eSeminarBMW tempoh hari hari ketika promosi.

Mana taknya, beliau bukan calang-calang orang. Group leader hebat dalam industri takaful dan unit trust. Saya banyak belajar daripada posting-posting beliau dalam membangunkan ejensi.

Bisnes beliau meletup dalam bisnes takaful dan unit trust. Ejen-ejen beliau juga bukan calang-calang orang beliau berjaya rekrut. Antaranya Tuan Khairul Ezuwan Tuan Harith Faisal. Siapa tak kenal mereka ni.

Tempoh hari beliau dah kongsikan teaser daripada video yang beliau tonton dalam #eSeminarBMW, semalam beliau kongsikan lagi. Kali ini full review bersama pengalaman beliau dalam perancangan kewangan.

Ikuti perkongsian beliau:

IN THE MIDST OF EVERY CRISIS, LIES OF GREAT OPPORTUNITY.

Wujud suatu masalah, wujud satu PELUANG untuk kita belajar dan berjaya.

Waktu PKP ni banyak sangat masa terluang saya gunakan untuk muhasabah diri dan belajar perkara baru dari online sharing di media social.

Rutin harian lepas solat terawih, saya akan conduct online personal coaching atau online training untuk consultant² di bawah RGE Agency.

Biasanya jam 12.30 tengah malam saya dah start free. Waktu macam ni saya suka membaca buku sebab anak² pon dah masuk tido, suasana pon tenang.

Apa yang saya baca lebih mudah masuk dan meresap ke dalam otak.

Saya ambil short break dengan layan video² di youtube, facebook dan insta bila dah boring sangat menghadap buku.

Video berkaitan bisnes, leadership, motivasi dan kewangan memang jadi favourite sebelum saya sambung balik membaca buku.

Sekarang saya tengah best layan 17 video bersiri Seminar Bijak Merancang Wang (eSeminarBMW) dari tuan Afyan Mat Rawi.

Sebelum sahur tadi pon sempat layan episod 7 topik Protection (Perlindungan Takaful).

Menarik pasal video bersiri eSeminarBMW ni pasal saya boleh tengok berulang² kali.

Sifu saya waktu MLM dulu pesan nak berjaya wajib baca buku ‘Rich Dad Poor Dad’ dan tengok video ‘The Secret’.

Baca dan tengok berulang² kali sekurang²nya 7 kali.

Kenapa Sifu saya suruh ulang 7 kali? Sebab setiap kali kita mengulang, kita akan faham dengan pemahaman yang berbeza.

Repetition is the mother of learning.

Setiap episod eSeminarBMW saya akan ulang dan tengok beberapa kali.

Tiap² malam sekarang, wajib saya layan satu video eSeminarBMW sebelum sahur.

Feel macam layan GOT, Ertugrul dan Money Heist pula bila layan satu malam satu episod ni.

Teringat dosa² kewangan silam bila layan episod 4 & 5 topik ‘Pengiraan Membeli Kereta & Tips Membeli Kereta.”

Waktu awal 20an saya ni jahil sangat bab kewangan. Dekat sekolah dan universiti saya tak belajar macam mana nak menguruskan duit.

Waktu universiti saya hanya belajar macam mana nak buat duit. Tu pon belajar dari University of Life, bisnes MLM.

Rupanya pandai buat duit tak semestinya pandai menguruskan duit.

Masa diploma, hasil income bisnes MLM saya beli kereta bmw 3 siri e46.

Beli second hand je pasal student, installment hampir RM 1K sebulan.

6 bulan pertama rasa macam pewaris Megah Holding, drive beemer masuk kampus bersarungkan jaket leather di badan.

Sunglasses tak lekang setiap kali turun kereta. Berjalan rasa tak pijak tanah seolah² berjalan atas awan.

Masuk bulan ke-7, tak lekang carutan di bibir pasal kereta asyik masuk workshop.

2 kali duit terbang pasal tukar gearbox. Dasar BMW ‘Banyak Makan Wang’.

Kenapa la video eSeminarBMW ni tak wujud waktu saya diploma dulu?

Mesti saya pilih beli rumah harga RM 200K daripada beli kereta kalau video eSeminarBMW ni wujud time saya diploma dulu. Hehehe.

Bila layan episod: 6 topik saving, sekali lagi rasa macam jantung ni kena tikam. Terthrow bacak kesilapan lampau.

Masa kerja dekat bank dan buat part time MLM jual tuala wanita dulu, tiap² bulan saya masukkan RM 1K ke dalam akaun ASB untuk saving.

Baru saving tak sampai 6 bulan, bini pula kerap tagged dekat page facebook Air Asia.

Korang yang dah berkahwin mesti ada pengalaman yang sama kan?Huhuhu

Katanya tengah sales, rugi tak beli sebab murah. Lagipon boleh bawa anak jalan².

Tak beli, balik rumah nanti mulut muncung macam donald duck pula seminggu.

Sayang bini punya pasal habis saving yang baru nak masuk 6 bulan buat beli flight tiket pi hong kong disneyland termasuk belanja dekat sana.

Banyak lagi sebenarnya dosa² kewangan ni kalau saya nak listkan.

Tapi cukup lah saya aibkan diri sendiri dengan 2 dosa kewangan ni dulu supaya korang dapat ambil iktibar.

Moral of the story, sebenarnya dalam dunia ini tak ada masalah kewangan, yang ada hanyalah masalah emosi.

Kita boleh belajar control emosi dengan cara belajar ilmu kewangan melalui pengiraan angka², biar terkebil² mata kita tengok angka.

Korang nak tak belajar ilmu kewangan dengan cara sempoi musim PKP ni?

Kalau nak, senang jer. Korang layan video bersiri 17 episod eSeminarBMW ni sampai habis.

Habis je korang layan, insyaallah korang terhindar dari buat dosa² kewangan macam saya pernah buat.

Banyak duit sebenarnya yang korang dapat jimat kalau korang tak buat dosa kewangan macam saya buat.

Kalau korang berminat nak order video eSeminarBMW ni, korang boleh order dalam masa 2 hari dari sekarang.

Tuan afyan akan buat launching besar²an sampai ke 500 negara termasuk Wakanda katanya.

Posting asal beliau di sini

Selepas posting tersebut semalam, beliau menerima mesej untuk mendapatkan #eSeminarBMW tersebut.

Power betul sharing beliau.

Insya Allah esok, Rabu kita akan lancarkan jualan semula #eSeminarBMW ini dengan harga istimewa utk 100 pertama.

Sementara itu, boleh tengok review dulu di www.afyan.com/eSeminarBMW

Terima kasih sekali Tuan Noor Amin atas rekomendasi ini.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com