fbpx

Mujur Saya Tak Jadi Peguam

  • 6 years ago
  • 2Minutes
  • 330Words
  • 423Views

Mujur saya tak jadi peguam.

Selepas tamat pengajian undang-undang di UIAM tahun 2003, saya memilih haluan berbeza

Semenjak dari pusat matrikulasi UIAM pada 1998, saya tidak pernah bercita-cita untuk menjadi peguam. Tetapi cita-cita lain yang ada kaitan dengan undang-undang masih di dalam perancangan saya.

Namun sepanjang pengajian, saya tidak sempat untuk memikirkan perancangan selepas grad, akibat disibukkan dengan aktiviti “kampus kehidupan”.

Hanyalah pada tahun akhir pengajian, saya memikirkan perancangan selepas grad. Sebenarnya sudah agak lewat pada usia 22 tahun untuk memikirkan hala tuju selepas grad.

Saya tercari-cari arah tuju saya selepas grad serta tercari-cari bakal pasangan hidup saya. Ya, pada tahun akhir, dengan dua pencarian.

Sedang dalam pencarian cari diperkenalkan sebuah buku tulisan Robert Kiyosaki, “Rich Dad Poor Dad”. Seorang rakan yang memperkenalkan saya buku tersebut.

Ternyata buku tersebut mengubah persepsi saya tentang kehidupan bekerjaya. Saya kira pencarian saya sudah berakhir.

Saya betul-betul terpengaruh dengan tulisan Robert Kiyosaki.

Ia membawa satu pandangan terbalik: belajar bersungguh-sungguh, masuk universiti, kemudian selepas grad: jadi usahawan.

Berbanding dengan pandangan biasa: belajar bersungguh-sungguh, masuk universiti, kemudian selepas grad: jadi chambering dan menjadi peguam, atau menjadi pegawai PTD atau paling tidak memohon KPLI atau JQAF.

Akibat terpengaruh dengan saranan inilah saya melawan arus, konon-konon ingin menjadi usahawan.

Aduh, memang penat kerja melawan arus ini. Di kala orang lain selepas grad menulis resume, saya merangkak-rangkak menulis business plan. Ketika orang lain menghadiri temu duga kerja, saya terhegeh-hegeh ditemuduga klien.

Ketika orang lain membelek akhbar mencari kerja kosong, saya membelek akhbar mencari peluang berniaga. Ketika orang lain hujung bulan mendapat gaji bulanan, saya belum tentu…

Itulah padahnya belajar daripada buku semata-mata (padan muka saya!).

Tulisan di atas ialah petikan dari tulisan lama saya di https://afyan.com/haluan-yang-berbeza.html/

Terima kasih kepada rakan yg memperkenalkan buku Rich Dad Poor Dad.

Dan terima kasih juga kepada Robert Kiyosaki yang menulis buku ini.

Jika tidak, mungkin saya sekarang seorang peguam negara. Mungkin saya terpaksa ikut tradisi tari-menari ini.

Gambar sekadar hiasan. Rahmatan Lil-Kaafiriiin.

Afyan Mat Rawi, LLB

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tulisan di bawah diambil dari FB Tuan Rashid Mohaimin yang…