Murid jana pendapatan sendiri jual kereta mainan. Moga kisah ini jadi inspirasi buat kita yang dewasa
Berita bertajuk “Murid jana pendapatan sendiri jual kereta mainan” diambil daripada portal berita BERNAMA.
Laporan itu menyebut:
“Usia muda tidak menghalang Muhammad Khairie Danish Kamal Ariffin, 12, dari Kampung Baru Seberang Takir untuk menjana pendapatan sendiri melalui jualan kereta mainan Hot Wheels.
Murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir itu juga bijak memanfaatkan sepenuhnya aplikasi TikTok yang terbukti sebagai platform perniagaan yang efisien.”
Tahniah Dik!
Moga jadi inspirasi kepada abang-abang yang sedang struggle untuk cari side income.
Kepada rakan-rakan pencarum KWSP yang terdesak dan mengharapkan pengeluaran tabung itu, saya nasihatkan padamkan sahaja mimpi itu. Kerajaan sudah buat keputusan dan nampaknya macam tak ada harapan untuk U-Turn.
Boleh berniaga kecil-kecilan secara part time sebegini, tanpa perlu buat pinjaman dan cagarkan KWSP.
Sekarang susah tidak ada sekatan sebagaimana PKP dulu. Jadi, kita boleh bergerak untuk mencari rezeki.
Betul, sekarang zaman yang sangat mencabar. Nak cari kerja susah. Nak buat bisnes pun susah.
Tapi percayalah kepada rezeki Allah ada di mana-mana. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Usah mengharap sangat bantuan daripada kerajaan. Mana-mana pihak yang memerintah pun, takkan mampu untuk bantu kewangan kita melainkan kita yang kena berusaha.
Plan-plan kayuh…
InsyaAllah, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
Kalau ada yang nak jana pendapatan sampingan sebagai perunding kewangan bersama saya di INFAQ Consultancy, klik link di bawah
Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran