fbpx

Nak saman saya 5 Juta?

  • 5 days ago
  • 2Minutes
  • 218Words
  • 16Views

Dengarnya ada orang duk call saya, tapi tak berangkat.

Dia call guna nombor yg ada kat FB saya.

Untuk makluman itu adalah nombor pejabat, bukan nombor personal. Jadi waktu pejabat sahaja beroperasi. Petang tadi dia call pun pada waktu kecederaan.

Sekarang ni malam, memang tak ada orang la kat pejabat tu. Esok Sabtu, cuti. Ahad lusa pun cuti. Tulat la ya 😂

Nak saman, sama je la. Boleh Google alamat pejabat saya INFAQ Consultancy Sdn Bhd di Batu Caves untuk hantar surat saman.

Nanti saya siapkan duit 5 juta 😉

Dengarnya dia cuak selepas tahu apabila saya nak reveal full audio rakaman tu.

Benda ni boleh settle dengan baik jika dia mengaku khilaf apabila menuduh perbankan Islam haram dan riba. Tarik balik dan minta maaf, settle.

Jika dia lakukan, saya pun akan move on. Dan saya takkan dedahkan audio rakaman tersebut.

Jika taknak, tak mengapa. Kita perang sahajalah.

Bukan kali pertama saya berperang dengan bangsa anti bank Islam.

Cuma kali pertama dengan perempuan, yang disokong oleh lelaki-lelaki bangsa anti bank Islam dan bangsa forex yang pernah berperang dengan saya sebelum ini.

Siapa yang menang? Saya takkan isytiharkan diri sendiri menang. Biar publik menilai.

Tujuan saya lawan mereka untuk buktikan bahawa bangsa anti bank Islam ini adalah kaki sembang, palatao, tak ada ilmu muamalat dan penakut.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Aiseh.... Saya dah nak cukup 100 LO, dia kata taknak…