Untung 15 kali ganda dalam masa 3 jam???

  • Reading:3Minute:s
  • PostView Count:29Views

Untung 15 kali ganda dalam masa 3 jam???

Ada ke yang percaya tawaran tak masuk akal macam ni?

Pelik betul masih ada yang percaya skim mengarut sebegini rupa.

Kalau betul la ada skim macam ni, buat sendiri je untung 15 kali ganda dalam masa 3 jam.

Modal RM100 boleh jadi RM1,500 lepas 3 jam. Masuk pukul 9 pagi, keluar pukul 12 tengah hari.

Kemudian rehat sejam, makan tengah hari dan solat Zuhur, masuk balik pukul 2. Keuntungan tadi dilaburkan balik pukul, lepas 3 jam dah jadi RM22,500.

Ok la labur sehari, boleh dapat banyak tu kan? Esok sambung balik buat 2 pusingan macam semalam.

Pagi-pagi pukul 9 masuk balik RM22,500 tadi kemudian lepas 3 jam dapat RM337,500.

Lepas Zuhur, masuk balik RM337,500 tadi lepas 3 jam dah jadi multi-millionaire dengan keuntungan RM5,062,500!

OK la melabur 2 hari dah jadi multi-millionaire. Kalau betul ada orang yang boleh gandakan duit 15 kali ganda untung dalam masa 3 jam, dia tak perlu ajak orang lain join. Buat sendiri je….

Bayangkan begini: kalau kita terjumpa lombong emas belakang rumah, apa yang akan kita buat?

A. Buat PENGUMUMAN BESAR-BESARAN penemuan lombong emas tersebut dan ajak orang ramai melombong sama-sama?
B. Melombong senyap-senyap.

Apa jawapan anda?

Saya tak dapat brain kalau ada yg masih percaya dan invest skim-skim menipu macam ni.

Tak perlu ada IFP, tak perlu ada Phd pun untuk tahu ia scam atau tidak. Hanya perlu ada common sense dan logik. Kiraan yang saya tulis di atas hanya perlu gunakan kalkulator cap ayam sahaja. Tak perlu pakai kalkulator saintifik atau kalkulator formula kewangan.

Kalau ia benarlah wujud skim seumpama itu, boleh cadangkan kerajaan melalaui TH, PNB, KWSP untuk menyertai skim ini.

Tabung Haji boleh hantar rakyat Malaysia pergi haji balik hari.

PNB boleh bagi pulangan ASB 5% setiap bulan.

KWSP boleh pastikan pencarum bersara awal dengan simpanan RM1 juta setiap tahun. Umur 25 tahun dah boleh bersara.

Saya akhiri tulisan ini dgn prinsip yang saya pegang selama ini apabila ditawarkan sesuatu peluang bisnes dan pelaburan:

“Semua pelaburan dan bisnes yang menawarkan skim buat duit cara mudah adalah scam kecuali dibuktikan sebaliknya”

Peganglah kemas-kemas prinsip ini, nescaya anda selamat daripada kena sontot.

Afyan Mat Rawi, IFP
Penulis buku Tersontot Di Pintu Shorga.

Lengkapkan diri kita dengan ilmu supaya kita tidak TERSONTOT oleh tipu daya SCAMMER,

Tempah sekarang, buku TERSONTOT DI PINTU SHORGA!…”

Klik di sini

Jemput follow Channel Telegram Tips RM t.me/AfyanIFP untuk banyak lagi tip-tip kewangan secara PERCUMA!

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

Recommended
Akibat ingin bergaya seperti orang lain, ada segelintir anak muda…