fbpx

Nama Dah Tukar Kepada Adik Tapi Kakak-Kakak Tuntut Hak Faraid

  • 10 months ago
  • 3Minutes
  • 432Words
  • 568Views

“Arwah ayah dah tukar nama rumah kepada saya, tapi kakak-kakak tuntut hak faraid”

Assalamualaikum en afyan
Sy nak Tanya pendapat en Afyan

Mcm Ni cerita dia
Arwah ayah saya Ada beri sebuah rumah pada saya tahun 2011

Semua telah ditandatangani di pejabat tanah,telah selesai…

kata arwah dia beri rumah pada saya sebab sy belum Ada rumah lagi Masa tu..gaji sikit lagila…suami pun belum bekerja..masih belajar…

sekarang ayah dah meninggal sudah 4 tahun…kakak2 saya mahukan faraid rumah tersebut disebabkan saya tidak menjaga ibu dikampung mereka mahukan kesamarataan disebabkan ayah tidak tinggal apa2 harta..Ayah cuma beri rumah pd abang Dan juga saya sahaja…

abg tidak cakap apa2 cuma kakak2 saya berasa kurang puas hati..untuk makluman tuan,cuma kakak saya yg sulung sahaja yg menjaga ibu dikampung..yg lain semua di luar Kota….

kakak sy berulang alik setiap Hari menghantar makanan pd ibu dirumah dimana…Ayah saya Ada pencen..

Dan pencen tersebut diuruskan oleh kakak sulung sepenuhnya 100%..kami juga tidak kisah sekiranya pencen tersebut digunakan oleh kakak…

masalah yg sekarang mereka mahukan hak sama rata keatas rumah pemberian Ayah kepada saya.saya dalam proses untuk balik ke kmpg untuk menjaga in…

tapi semua in makan masa,bukannya sekejap..dulu semasa sy nak balik menjaga in..kakak2 saya melarang,sekarang Ni macam Ni Pula diorg buat pada saya…diorg seolah mengatakan saya tiada hak keatas rumah pemberian arwah Ayah…

disebabkan sy tidak menjaga ibu…mereka mengatakan rumah itu adalah hak kami semua…bukan hak saya seorg..walaupun penukaran nama telah dibuat…

apakah hukumnya en Afyan…sekarang mereka mahukan menjual rumah tersebut Dan bahagi sama rata…

saya sayang pd rumah itu en Afyan kerana sy dilahirkan dlm rumah tu..Dan membesar dlm rumah itu..says xsampai hati nak menjual rumah tersebut…

pendapat en Afyan bagaimana…

Sebenarnya saya sebgai adik bongsu tidak mahu bertikam lidah tentang harta dunia Ni en Afyan…

tetapi kalau itu yg mereka semua mahukan saya terpaksa puaskan hati semua org…

betapa Allah menguji saya ketika Ni…

RESPON SAYA:

Waalaikumsalam.

Saya simpati dengan apa yang berlaku.

Secara syariat dan perundangan, rumah tersebut memang milik Cik.

Mereka tak dapat buat apa2 untuk tuntut selagi mana nama itu atas nama Cik.

Ia sudah menjadi hibah / pemberian hartanah tersebut kpd Cik.

Bab hubungan tu kena doa banyak-banyak. Ajak mereka bincang. Belanja mereka makan-makan.

UPDATE SELEPAS 8 JAM,

Saya terima mesej dari beliau;

Assalammualaikum En Afyan..

Saya sudah buat keputusan bagi memuaskan hati semua adik beradik…

saya akan menjual rumah tersebut Dan bahagi sama rata pada semua..syaratnya selepas ketiadaan ibu saya…

biar saya mengalah janji tidak berpecah belah..

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

One Comment
  1. Avatar

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Sebenarnya ia adalah salah satu strategi Malaysia untuk mengimport teknologi…