fbpx

Nerakawang Aidilfitri

  • 7 years ago
  • 2Minutes
  • 289Words
  • 321Views

Jalan menuju ke #nerakawang menjelang musim perayaan

(Senarai ini bertambah dari masa ke masa)

1. Beli baju raya macam-macam konon hipster. Pakai sekali sahaja dan kemudian terperuk dalam almari 11 bulan.

2. Buat personal loan utk beraya sakan sebulan. Hutang tahun lepas tak habis bayar lagi.

3. Tukar kereta baru utk menunjuk-nunjuk dekat saudara mara di kampung.

4. Tukar perabot, tukar langsir, tukar kusyen, dan tukar segala macam perkara dalam untuk menyambut raya.

5. Tak cukup buat personal loan, pakai kad kredit sampai hujung nyawa.

6. Tukar sportrim baru berhutang. Tukar yang paling mahal.

7. Beli mercun banyak-banyak konon nak meriah.

8. Beli kuih raya beraneka macam, beraneka warna tapi rasa semua sama sahaja.

9. Sanggup tak bayar takaful sebulan dua sebab nak cover bajet raya.

10. Bagi duit raya dgn not paling besar, takut orang mengata.

11. Buat open house besar-besar, panggil orang-orang besar VIP utk datang. Mereka datang makan sikit je sebab byk penyakit. Kemudian makanan tak habis, membazir.

12. Pinjam duit kawan utk beraya sakan. Hutang yang sebelum tu buat-buat lupa.

13. Pakai handphone mahal. Datang beraya minta password wifi

14. Pakai kereta mahal-mahal. Masa beraya tutup aircond sebab nak jimat kos petrol.

15. Buat-buat lupa bayar upah pengasuh anak sebab nak cover bajet raya.

16. Sanggup tak renew roadtax dan takaful sebab nak jimat kos balik raya.

17. Bagi duit raya guna sampul raya bank riba.

18. Kereta mahal-mahal tapi tak ada duit nak servis sebab dah habis utk beraya.

19. Bagi duit raya, tapi tak bayar zakat fitrah.

20. Solat sunat hari raya, tapi tak solat fardhu.

21. Masa berpuasa betul-betul berjimat sebulan, masa raya berbelanja sakan sama macam belanja 2-3 bulan.

22. Gaji dapat awal, habiskan beraya sakan, kemudian merana sementara nak tunggu gaji.

23. Tambah bini. Anak bini yg sedia ada pun tak terurus baik.

“Jalan ke #nerakawang dihampari dengan permaidani merah”.

Sila tambah senarai lain.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Kepada pemegang polisi "hibah takaful", Jika anda menyangka dengan melanggan…