fbpx

Masalah kewangan berpunca daripada kos gaya hidup, bukan kos sara hidup

  • 10 months ago
  • 2Minutes
  • 333Words
  • 182Views

Masalah kewangan banyak berpunca daripada gaya hidup, berbanding kos sara hidup.

Apa beza kos sara hidup dengan kos gaya hidup?

Contohnya kita nak makan. Untuk memenuhi sara hidup, kita boleh beli sendiri beras dan bahan mentah untuk masak sendiri. Kalau tak dapat masak sendiri, boleh sahaja kita makan minum di restoran biasa atau warung tepi jalan.

Tapi jika gaya hidup, nak kena makan di restoran hipster. Minum kopi, nak kopi hipster.

Bab makan lagi, dari sudut diet pula. Kalau nak pilih gaya, kena makan ikan dory, ikan salmon, broccoli untuk dapatkan khasiat protein dan sayuran. Walhal, khasiat yang sama boleh sahaja didapati melalui tempe, ikan kembung, telur dan sayur sawi.

Sama juga dalam bab pakaian. Pakaian ialah keperluan. Beli sekadar sudah memadai. Tapi apabila nak ikut trend bagi memenuhi gaya hidup, maka beli yang harga mahal-mahal.

Bab kereta. Kereta adalah untuk bergerak daripada titik A ke titik B. Beli Axia sudah memadai jika gaji tak besar. Tapi apa kelas beli Axia? Paling kurang kena Bangsa H.

Bab rumah pun sama. Untuk memenuhi keperluan dan sara hidup, sewa sudah memadai. Kalau nak beli, apartment kos rendah pun adalah rumah. Tapi apabila tak ukur baju di badan sendiri dan nak follow gaya hidup, kena lah beli rumah landed, atau paling kurang beli kondo.

Ada nak bagi contoh lain?

Kenapa ia berlaku? Banyak faktor, tapi semuanya berkaitan mindset. Ia juga berkaitan bagaimana seseorang itu dibesarkan, latar belakang keluarga, pengaruh rakan sebaya, faktor masyarakat, media sosial dan sebagainya.

Namun semuanya sangat berkait rapat dengan mindset yang menjadi habit seseorang. Inilah yang dikupas dalam buku terbaru saya bertajuk Financial Independence Retire Early a.k.a #BukuFIRE atau F.I.R.E.

Jom belajar ilmu-ilmu kewangan secara advance untuk mencapai financial freedom, menggunakan Buku Financial Independence Retire Early (F.I.R.E)

Dalam buku ini dikongsikan 7 langkah demi langkah bagaimana mengumpul harta untuk mencapai FIRE dan 9 mindset dan habit kewangan untuk membentuk identiti FIRE.

Detail dan tempahan menggunakan link berikut:

BukuFIRE.com

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Pengalaman saya buat sesi konsultansi kewangan dengan anak muda bawah…