OPR turun, ekonomi bagus ke tak sebenarnya?

“Afyan, OPR turun ni maksudnya ekonomi kita sekarang ini bagus ke tak bagus sebenarnya?”
Ia bergantung kepada situasi.
“Maksudnya?”
Saya menghela nafas panjang sebelum menjawab persoalan ini;
“Ia bergantung kepada situasi sama ada kumpulan pro-kerajaan atau pro-pembangkang.
Kalau kumpulan pro-kerajaan, mereka akan kata ekonomi kita sekarang ini bagus dan sedang berkembang.
Manakala kumpulan pro-pembangkang pula akan kata ekonomi sekarang ini tidak bagus, ekonomi meleset, negara nak bankrap dan sebagainya.
Apabila situasi terbalik, naratif pun terbalik.
Apabila kumpulan pro-kerajaan tadi menjadi pembangkang, mereka pula akan kata ekonomi tidak bagus.
Dan kumpulan pro-pembangkang yang kini menjadi kerajaan pula akan kata ekonomi baik dan stabil.
Begitulah yang akan berulang, dan berulang, dan berulang sampailah Abang Jamil…
Kita tidak mampu kawal ekonomi negara.
Kita tidak mampu kawal ekonomi dunia, inflasi, nilai mata wang, harga barang.
Tapi kita masih mampu kawal ekonomi diri sendiri.
Kita masih mampu kawal kerja yang kita buat, barang yang kita beli, makanan yang kita makan, kereta yang kita pakai, aktiviti yang kita jalankan, gaya hidup yang kita amalkan.
Kita juga mampu tambah ilmu kewangan di Akademi Bijak Merancang Wang untuk baiki ekonomi diri sendiri dan keluarga.
Sempena OPR turun, Akademi BMW pun turun kaw-kaw harga langganannya.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran