fbpx

Moratorium Adalah Alat, Ia Bukan Magik

  • 3 years ago
  • 3Minutes
  • 410Words
  • 416Views

1. Moratorium sangat membantu bagi sesiapa yang terkesan dengan krisis ekonomi yang berlaku hari ini. Ia meringankan beban akibat dibuang kerja atau dipotong gajinya. Dengan moratorium, sekurang-kurangnya aliran tunai mereka agak lega untuk tempoh 6 bulan mendatang. Bagi golongan ini, moratorium adalah panadol penahan sakit sahaja.

2. Moratorium juga boleh dijadikan tambahan tunai bagi mereka yang masih kekurangan tabungan simpanan. Sasarkan untuk buat tabung simpanan kecemasan sekurang-kurangnya bersamaan 3 ke 6 bulan gaji. Ia sebagai persediaan sekiranya diberhentikan kerja kelak.

3. Moratorium juga sangat membantu untuk peniaga kembangkan perniagaan mereka. Dengan adanya moratorium, mereka mendapat wang lebihan yang boleh dijadikan suntikan modal mengembangkan bisnes mereka.

4. Moratorium juga syurga bagi pelabur-pelabur yang hebat. Moratorium adalah peluang mereka untuk tambahkan modal pelaburan. Ia juga peluang untuk mereka sauk dan tambahkan lagi portfolio pelaburan mereka.

5. Moratorium juga adalah peluang untuk menambah saham akhirat. Jika selama wang sedia ada digunakan untuk bersedekah dan menderma, maka dengan adanya moratorium, peluang mereka melipat gandakan amalan tersebut.

Tapi, bukan semua orang perlukan bantuan moratorium.

6. Moratorium tak sesuai untuk mereka yang ketika PKP 1.0 dahulu, tak tahu ke mana wang moratorium dahulu digunakan. Perkara sama akan berulang kali ini.

7. Moratorium tak sesuai juga untuk orang yang boros belanja. Jika moratorium ketika PKP 1.0 dahulu mereka joli sakan, perkara sama akan berulang jika mereka memohon moratorium kali ini.

8. Moratorium juga tak sesuai untuk mereka yang noob dalam pelaburan. Baru-baru nak cuba melabur dalam keadaan tak ada ilmu dan pengalaman melabur. Selama ini simpanan pun tak ada, tapi nak terus melabur. Umpama orang yang tak pandai naik basikal, terus nak naik motosikal. Besar kemungkinan untuk terciduk dan tersontot.

9. Moratorium juga tak sesuai untuk orang yang baru-baru belajar yang berniaga. Tengok orang berniaga, dia pun nak berniaga. Bagi individu sebegini, elok mulakan bisnes yang paling minimum modal, seperti servis, affiliate, dropship, takaful, unit trust dll. Elakkan bisnes yang kena beli stok. Kelak nanti bisnes ke laut, stok produk pula ke bawah katil.

Bagi orang yang bijak kewangan, moratorium ibarat vibranium. Ia peluang untuk mereka membina syurga dunia dan akhirat.

Tapi bagi yang tidak, ia mungkin menjadi pintu ke #nerakawang. Sudahlah terciduk dek kegagalan memanfaatkan wang moratorium sebaiknya, hutang bank pula makin bertambah dan bertambah. Lepas tu bising kenapa bank untung banyak.

Umpama pisau, di tangan seorang chef, ia alat penting untuk sediakan masakan yang sedap, tapi di tangan seorang kanak-kanak, ia boleh menyebabkan cedera parah.

Afyan Mat Rawi

Gombak.

IKLAN:- Belajar ilmu kewangan secara bermodul menggunakan buku Bijak Merancang Wang
#BukuBMW
BukuBMW

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Munyati Awanis Mohd Hatta Harini nak kongsikan…