“Orang Kaya Takkan Ajar Kita Menjadi Kaya, Kecuali Kita Boleh Menjadikan Mereka Lebih Kaya”
Tadi saya update satu video dengan kenyataan:
“Orang kaya takkan ajar kita menjadi kaya, kecuali kita boleh menjadikan mereka lebih kaya”
Berdasarkan komen, ramai juga yang semacam tak selesa dengan kenyataan saya di atas. Ada yang mengatakan bahawa ada je kelas dan guru yang real mengajar orang jadi kaya.
Kawan-kawan, biar saya berikan penjelasan.
Saya pun buat kelas dan akui perkara di atas. Ia adalah real. Bergantung kpd sudut pandang dan penerimaan seseorang, bagaimana dia menerima hakikat kenyataan di atas.
Ada orang mengambil sudut pandang bahawa membazir habis duit untuk belajar dengan orang kaya utk jadi kaya. Bagi mereka, orang kaya takkan sesekali ajar mereka jadi kaya dan perlu belajar sendiri ilmu untuk jadi kaya.
Manakala bagi sesetengah yang lain pula berpandangan bahawa untuk jadi kaya perlu invest supaya dapat belajar ilmu jadi kaya. Bagi mereka untuk menjadi kaya tidak ada jalan percuma dan perlu bayar untuk dapatkannya dari orang yang lebih kaya.
Jadi, mana sudut pandangan yang betul?
Sebenarnya tidak ada yang salah.
Sudut pandang yang percaya bahawa orang kaya takkan sama sekali ajar orang lain jadi kaya, menjadikan kita lebih berhati-hati dan selektif supaya tak terkena dengan Sifu jadian dan scammer.
Manakala sudut pandangan yang percaya bahawa untuk belajar dengan orang kaya memerlukan modal untuk belajar dan berguru, akan sentiasa berusaha mencari peluang mana-mana orang kaya yang sudi kongsikan ilmu kekayaan mereka.
Kedua-dua sudut pandangan di atas adalah kontradik. Walaupun bertentangan, kedua-duanya mengiyakan bahawa:
“Orang kaya takkan ajar kita menjadi kaya, kecuali kita boleh menjadikan mereka lebih kaya.”
Tak percaya, boleh join kelas ini dan ia menjadikan saya kaya RM15 😁
https://akademibmw.com/bmw
https://akademibmw.com/bmw
https://akademibmw.com/bmw
Jika 1000 orang daftar, saya akan kaya RM15,000 sebelum tolak kos marketing. Hahahah!
Tak perlu terlalu defensif pun dalam hal ini.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran