Orang Kita Memang Sensitif (ii)
Orang kita memang sensitif (ii)
Orang kita memang sensitif apabila lihat bangsa asing pakai baju dengan hiasan ayat suci,
Baru perasan anak bangsa sendiri tidak menutup aurat sempurna selama ini.
Orang kita memang sensitif apabila lihat bangsa asing pakai baju dengan ayat Quran,
Baru perasan selama ini Quran kita pun hanya dalam almari untuk disimpan.
Orang kita memang sensitif apabila dalam coklat ada DNA babi,
Baru perasan selama ini rokok yang dihisap pun ada DNA babi.
Orang kita memang sensitif apabila ada DNA babi dalam coklat,
Baru perasan ada duit riba yang lebih haram dari babi dalam dompet.
Orang kita memang sensitif apabila Palestin kena serang dengan Israel,
Baru perasan selama ini banyak guna produk yang menyumbang kepada Israel.
Orang kita memang sensitif apabila ada kes MAS terhempas dan hilang,
Baru perasan selama ini di dalam MAS arak dihidang.
Muhasabah untuk diri sendiri,
Untuk pengajaran di kemudian hari,
Sebelum ajal menjemput diri.
Afyan, Gombak.
20 Julai 2014
22 Ramadhan 1435
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran