fbpx

Padah pinjam ceti haram RM2000

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 291Words
  • 590Views

KUALA LUMPUR: Kehidupan seorang kakitangan kerajaan dan keluarganya tidak tenteram apabila sering diugut akan dicederakan hanya kerana gagal membayar pinjaman RM2,000 yang dibuat secara dalam talian dari sindiket pinjaman wang tanpa lesen atau ‘ah long’,

Akibat tidak tahan dengan ugutan yang diterima melalui panggilan telefon itu, mangsa akhirnya membuat aduan kepada polis pada 18 Mac lalu dan mengaku gagal membuat bayaran balik disebabkan dikenakan kadar bunga pinjaman yang terlalu tinggi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mahidisham Ishak, berkata pihaknya menjalankan siasatan bagi mengesan pelakunya berikutan aduan dibuat mangsa,

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Risikan/Operasi Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Daerah Wangsa Maju menyerbu sebuah premis perniagaan di Bandar Bukit Jalil, semalam.

“Dalam serbuan kira-kira jam 4 petang, polis menahan empat lelaki tempatan berusia antara 18 hingga 25 tahun yang berperanan sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menerusi serbuan itu juga, katanya, polis merampas 13 telefon bimbit serta sembilan kad bank yang digunakan dalam menjalankan kegiatan sindiket ‘ ah long’.

“Siasatan awal mendapati sindiket ini beroperasi sejak tiga hingga empat bulan lalu di sekitar ibu negara. Empat ahli sindiket yang ditahan bekerja dengan tawaran gaji antara RM2,000 hingga RM2,500 sebulan.

“Mereka direman hingga 31 Mac ini untuk siasatan lanjut yang dijalankan mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang kerana menjalankan aktiviti pinjaman tanpa lesen dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ancaman atau ugutan jenayah,” katanya.

Dalam pada itu, Mahidisham menasihatkan orang ramai tidak membuat pinjaman wang dari ‘ah long’ sebaliknya berurusan dengan institusi yang berlesen bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.

IKLAN: http://bukubmw.com <——- Belajar ilmu-ilmu kewangan secara bermodul menggunakan #BukuBMW Buku Bijak Merancang Wang

www.bukuBMW.com
www.bukuBMW.com
www.bukuBMW.com

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Masih ada rupanya geng-geng ejen insurans konvensional yang mengatakan bahawa…