fbpx

Paparkan harga, elak gharar: Tanggungjawab bersama

  • 3Minutes
  • 402Words
  • 17Views

Kami faham dan akui bahawa perjuangan para doktor terhadap isu yuran konsultasi adalah wajar dan sah dari segi logik dan moral.

Yuran konsultasi tidak pernah dinaikkan sejak lebih 30 tahun yang lalu, sedangkan kos operasi terus meningkat saban tahun. Maka tidak hairanlah ramai doktor bangkit membantah pelaksanaan peraturan baru berkaitan kawal selia harga.

Kami menyokong penuh usaha para doktor dalam memperjuangkan hak mereka, khususnya dalam menuntut semakan semula kadar yuran konsultasi yang tidak berubah sejak zaman datuk nenek kita. Itu isu tersendiri yang memang patut diperjuangkan.

Namun dalam masa yang sama, sebagai marhaen, saya ingin mengasingkan isu perjuangan doktor dengan satu isu lain yang juga penting: isu ketelusan harga dan unsur gharar dalam perkhidmatan kesihatan swasta, khususnya di klinik-klinik.

DIULANGI: Saya tidak pertikaikan niat para doktor untuk mempertahankan hak mereka. Saya cuma mahu menekankan bahawa isu paparan harga dan elemen gharar juga perlu diberi perhatian serius.

Ini isu pengguna, dan ia dekat di hati rakyat.

Sebenarnya, isu ini bukan baru dan ia bukan terhad kepada doktor sahaja malah juga perniagaan lain seperti bengkal, peniaga nasi berlauk dan seumpamanya.

Ia sudah lama dibangkitkan oleh pelbagai pihak, termasuk oleh tokoh kewangan Islam terkenal, Dr Zaharuddin Abd Rahman (UZAR), dalam blog beliau sejak tahun 2017, dan dimuatkan juga dalam buku beliau Wang, Islam dan Anda.

Boleh rujuk sedutan daripada buku beliau. Dalam buku tersebut terdapat contoh lain selain doktor. Cuma dalam konteks sekarang, kita fokus isu semasa sahaja iaitu isu paparan harga ubat di klinik.

Maka, sebagai solusi dan cadangan praktikal untuk mengurangkan unsur ketidakpastian (gharar) bagi kes-kes sakit biasa yang bukan kecemasan, berikut adalah saranan kami;

1. Letakkan dengan jelas dan besar kadar caj konsultasi di dinding klinik atau di pintu bilik doktor supaya mudah dilihat oleh pesakit sebelum menerima rawatan.

2. Paparkan juga senarai harga untuk caj tambahan yang biasa dbuat seperti suntikan, bius, rawatan luka, dan sebagainya.

3. Paparkan juga harga ubat-ubatan asas yang biasa seperti paracetamol, antibiotik, ubat demam, ubat batuk dan seumpama supaya pesakit dapat membuat pertimbangan.

4. Sebelum bil dikeluarkan, staf klinik perlu tunjukkan terlebih dahulu quotation atau anggaran bayaran termasuk harga ubat. Jika pesakit setuju, barulah bil dimuktamadkan dan pembayaran dibuat.

Ini bukan tentang merendahkan profesion doktor, tapi tentang memberi keadilan kepada pengguna.

Dengan ketelusan, semua pihak akan lebih selesa. Doktor tak perlu malu menyebut harga, pesakit tak perlu tertanya-tanya kenapa bil sampai ratus-ratus ringgit walaupun cuma sakit tekak, lebih-lebih lagi jika pakai medical card.

Afyan Mat Rawi

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
DOKTOR, KLINIK DAN PENDAPATAN SYUBHAH Oleh Dr Zaharuddin Abdul Rahman…