fbpx

Pengakhiran Kes “Insurans Paling Pelaq”

Pengakhiran kes “insurans paling pelaq” yang pernah saya kongsikan tempoh hari di https://afyan.com/viral-isu-medical-card-insurans-pelaq-ta…/

Berdasarakan siaran media ini, wang caruman peserta dikembalikan.

Maknanya, jika sebulan RM400 maka RM400 x 12 bulan x jumlah tahun. Saya difahamkan 4 tahun, bermakna lebih kurang 19,200 perlu dipulangkan.

Dan apabila wang tersebut dipulangkan, maka ejen pun terpaksa “memulangkan” kembali kepada syarikat.

Buat rakan-rakan ejen dan pengguna takaful, jadikan kisah ini sebagai pengajaran bersama.

Ejen, jangan bermudah-mudah ketika pelanggan sign-up borang proposal polisi takaful. Tunaikan amanah dengan sebaiknya, jaga nama baik industri.

Pelanggan, jangan juga bermudah-mudah ketika menandatangani borang. Semak maklumat yang diisi dan tunaikan tanggungjawab kita selaku pengguna. Jangan semata-mata bergantung kepada ejen.

Perkara ini tidak akan berlaku jika masing-masing jalankan amanah dan tanggungjawab masing-masing.

Yang Benar,
Afyan Mat Rawi
Ejen cabuk. Saya juga pengguna.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com