fbpx

PASTI : Sebuah institusi pendidikan awal kanak – kanak yang sangat berjaya

  • 2 years ago
  • 6Minutes
  • 1046Words
  • 1223Views

Pagi ini saya terlibat dalam acara sukan PASTI atau lebih dikenali sebagai Sukpa.

Selepas hampir 3 tahun tidak diadakan akibat PKP, program kali ini cukup meriah. Ada Spiderman, ada Elsa, ada Adudu, ada Boboiboy, ada The Incredibles dan lain-lain!

Macam-macam ada!

Bagi yang tidak tahu, PASTI ialah institusi pendidikan di bawah Parti Islam Sr-Malaysia (PAS) yang sudah wujud puluhan tahun.

Tanpa sebarang bantuan daripada kerajaan, PASTI boleh survive dengan duit poket ahli PAS.

Tanpa perlu jadi Menteri Pendidikan, PAS sudah bangunkan instisuti pendidikan sendiri. Tanpa jadi Menteri Kewangan, PAS mampu membangunkan pelbagai aktiviti pendidikan, kebajikan dsb selain politik. Semua daripada duit poket ahli dan penyokong PAS.

Teringat satu video dalam perbahasan seorang perwakilan di perhimpunan agung UMNO yg membandingkan Tadika Kemas dengan PASTI.

Kata perwakilan tersebut, apa yg diterapkan di Tadika KEMAS ialah 4M; menari, menyanyi, makan dan main berbanding dengan PASTI yg mengandungi silibus Quran, bahasa dan sebagainya.

Umum tahu bahawa Tadika KEMAS adalah institusi pra-sekolah tajaan Umno yg dibiayai kerajaan manakala PASTI pula adalah milik PAS.

Ia sebagai satu pengiktirafan secara tidak langsung kepada PASTI dan PAS.

Banyak kali juga saya terlihat pemandangan yg agak ironi, seorang ibu yg tidak bertudung, turut menghantar anak perempuannya bertudung ke PASTI. Atau di ayah dengan pakaian rugged berambut panjang dengan anak berkopiah berbaju PASTI.

Alhamdulillah, ia adalah satu kejayaan dakwah gerakan Islam di bawah Pemuda PAS yg berjaya menarik massa yakin dengan didikan silibus PASTI.

Beberapa kali saya mengikuti program-program tahunan PASTI spt ihtifal dan hari sukan, melihat ibu bapa dari pelbagai lapisan masyarakat yg menghantar anak ke PASTI.

Tidak kurang juga para artis, VIP malah juga pimpinan Umno yang menghantar anak ke PASTI.

Sekalipun PASTI merupakan entiti parti Islam, ia tidak menghalang sesiapa sahaja termasuk ahli parti lawan untuk anak-anak ahli mereka dididik di bawah PASTI.

Mereka lebih suka menghantar anak mereka ke PASTI berbanding Tadika KEMAS, yg pada mereka, tidak mempunyai silibus yg “kemas” berbanding PASTI.

KEMAS, seperti TEKUN yg asalnya idea UMNO tetapi digerakkan di bawah entiti kerajaan yg menggunakan duit cukai rakyat.

Berbeza PASTI, yg digerakkan dengan dana sumbangan ikhlas ahli-ahli parti, sejak berdekad lalu yang kini diterima baik masyarakat.

Seorang pensyarah sebuah universiti pernah memberitahu, dalam satu kajian oleh pelajar universiti tersebut terhadap pendidikan pra-sekolah di Malaysia, PASTI ialah yg terbaik dari sudut silibus dan pembelajaran jika dibandingkan dengan institusi pra-sekolah lain termasuk pra-sekolah swasta lain yg lebih popular dan mahal yurannya.

PASTI boleh dianggap sebagai sekolah swasta alternatif dgn yuran bulanan yg rendah jika dibandingkan dgn pra-sekolah swasta lain. Di Lembah Klang masih terdapat PASTI yg menawarkan yuran yg sangat minima bawah RM150 sebulan jika dibandingkan dgn institusi pra-sekolah swasta lain yg selalunya RM300 ke RM600 sebulan.

Jika di luar bandar, ada yg serendah kurang RM50 sebulan! Ya, bayaran setahun sesetengah pasti PASTI sama dengan bayaran SETAHUN tadika swasta.

Dari anak sulung hingga ke anak keempat saya hantar belajar di PASTI.

Pernah seorang sahabat yg merupakan AJK Pasti sebuah kawasan di luar bandar di Perak bercerita yg dia pernah mencadangkan agar yuran PASTI dinaikkan tapi dibantah oleh AJK lain kerana kata mereka ibu bapa pelajar PASTI ini dari kalangan kurang berada.

Balas rakan saya “Yuran PASTI sekarang ni lagi rendah daripada Astro yg ‘deme’ bayar bulan-bulan”, menyebabkan AJK lain senyap.

Di kampung saya di Besut, Terengganu, keluarga saya menguruskan PASTI. Yurannya serendah RM35 sahaja sebulan pada tahun 2017 tahun pertama dibuka, dgn gaji guru yg sangat minima. Sedih saya mendengarnya.

Ya, RM35. Anda tidak silap membaca dan ia bukan typing error.

Tahun ini, yurannya RM60. Itu pun sebenarnya masih terlalu rendah. Purata sehari RM2 lebih untuk kos bangunan, makan, gaji guru dan sebagainya. Macam nak bagi freeeeeeeeee je tu…

Dengan yuran RM60 sebulan memang tidak cukup untuk menampung kos pengurusan PASTI. Kos makan pun tak cukup. Ia ditampung oleh AJK PASTI yg tidak bergaji.

Kebanyakan PASTI terutama di luar bandar diusahakan bukan dengan berorientasikan keuntungan tapi lebih kepada sumbangan kebajikan utk masyarakat utk memberi pendidikan alternatif yg tidak mampu ditangani oleh sistem pendidikan arus perdana.

Inilah antara dilema pengusaha PASTI, mereka berada di persimpangan utk memberi kebajikan kepada masyarakat dengan tuntutan kos yg perlu ditanggung oleh pengusaha PASTI.

Jika dibuat dgn yuran yg rendah, fasiliti premis dan gaji guru terpaksa dicatu. Jika dinaikkan pula, khuatir ramai yg tidak mampu.

Kos menguruskan PASTI bukan sedikit. Ia merangkumi sewa premis, makan minum pelajar, dan gaji para guru PASTI. Yuran PASTI selalunya sekadar cukup makan utk menampung kos operasi PASTI.

Di PASTI Gombak, mungkin juga di tempat lain, ada juga sesetengah ibu bapa yg sengaja mengambil kesempatan dgn sikap lembut pengurusan PASTI utk melengah-lengahkan malah ada yg culas utk membayar yuran PASTI.

Seorang pegawai PASTI di sini pernah ceritakan kepada saya, jumlahnya mencecah puluhan ribu dan jika dilunaskan, banyak perkara dapat dibuat.

Awalnya saya sangkakan ia datang dari golongan yg berpendapatan rendah tapi dinafikan oleh beliau. Katanya, majoriti mereka datang dari golongan profesional! PASTI ada database nama pelajar dan latar belakang serta pekerjaan ibu bapa pelajar.

Istighfar panjang saya. Di manakah keberkatan pembelajaran anak-anak itu jika ibu bapa sengaja culas mengelak dari membayar yuran.

Ketika itu beliau meminta pandangan saya apa yg perlu dilakukan. Saya cadangkan supaya hantarkan surat peguam kepada mereka sebagai amaran. Tak pasti sama ada ia dilaksanakan atau tidak selepas itu.

Selama 3 dekad kewujudan PASTI sudah pasti ramai yg mencemburui. Pernah dalam pemerintahan PM ke-4 yg terdahulu, ada usul untuk PASTI diharamkan kerana dikatakan menyemai elemen subversif kepada kerajaan.

Dalam sumber yg serba kekurangan, PASTI terus diterima ramai dan produk-produk PASTI terus menjadi tumpuan.

Jika hadir ke Majlis Konvokesyen PASTI Gombak setiap hujung tahun, kita pasti kagum melihat anak-anak pelajar PASTI yang baru berusia 6 tahun mampu menghafal surah al-Mulk.

Inilah kekuatan silibus PASTI yang jarang ada dalam silibus pra-sekolah lain.

Sekalipun dihimpit dengan pelbagai kekangan dari pelbagai aspek spt material, kewangan, tenaga pengajar dan sebagainya, PASTI terus utuh menjadi pilihan ibu bapa untuk mendapatkan pendidikan terbaik pra-sekolah.

Kemampuan untuk menghafal surah al-Mulk pada usia pra-sekolah bukan calang-calang kemahiran dan tumpuan mengajar diperlukan.

Tahniah buat tenaga pengajar PASTI yang komited!

PASTI bukan sahaja menjadi milik PAS, tapi sudah menjadi milik masyarakat.

Siapa ada hantar anak ke PASTI? Boleh kongsikan pengalaman.

P/S: Sudah daftar anak ke PASTI utk sesi pembelajaran 2023? Jika belum, hubungi segera. Selalunya, dalam bulan 10/11 ia sudah fully booked.

Afyan Mat Rawi,

Alumni Tadika Kemas 1986

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ada orang minta saya komen tentang satu posting yang bertulis:…