Peguam keluarga Zara Qairina bukan calang-calang

Sebenarnya peguam-peguam yang dilantik oleh keluarga arwah Zara Qairina bukan calang-calang orangnya.
Harapan saya agar tulisan ini dapat menutup mulut-mulut netizen yang mempertikaikan kredibiliti peguam-peguam ini.
1. HAMID ISMAIL
Beliau berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang litigasi jenayah, Hamid pernah mengendalikan pelbagai kes jenayah berat di Sabah.
Saya terbaca satu komen katanya, “Di Sabah kami gelar John Wick Sembulan”, merujuk kepada peguam Hamid Ismail.
Beliau merupakan lulusan undang-undang LL.B dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan memiliki Diploma Pengajian Islam dari Universiti Malaysia Sabah.
Agaknya waktu belajar di Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, pernah terserempak dengan beliau #doneclaim
Berdasarkan carian saya di beberapa portal dan blog, keistimewaan beliau ialah kerap memberikan khidmat guaman secara pro bono kepada mereka yang kurang berkemampuan, selain turut berkelayakan mengendalikan kes undang-undang syariah.
Dalam kes Zara Qairina, Tn Hamid bertindak sebagai peguam utama mewakili ibu mangsa, Puan Noraidah Lamat.
Beliau membuat permohonan inkues, mendesak bedah siasat semula, dan menegaskan tiada kutipan derma diperlukan untuk kos guaman kerana ia diurus secara pro bono.
Tn Hamid juga pernah melibatkan diri dalam arena politik dan pernah bertanding dalam Pilihan Raya Umum di Sabah.
Beliau pernah bertanding mewakili parti PAS di N17 Tanjung Aru dalam Pilihanraya Negeri Sabah.
Adakah dalam PRN akan datang beliau bertanding lagi? Wallahualam.
2. SHAHLAN JUFRI
Beliau ialah peguam yang berada di dalam bilik bedah siasat arwah Zara dan berikan kenyataan selepas itu.
Ramai netizen yang pertikaikan kenyataan beliau selepas bedah siasat yang dijalankan yang mengatakan tiada VIP masuk dan beliau berpuas hati dengan bedah siasat tersebut.
Bagi yang tidak tahu, beliau Pengerusi Bersama Jawatankuasa Undang-Undang Jenayah Sabah Law Society (badan peguam Sabah) bagi penggal 2023-2025
Kepakaran Tn Shahlan adalah dalam guaman jenayah dan litigasi mahkamah. Beliau pernah mengendalikan kes-kes berprofil tinggi di Sabah, termasuk kes rasuah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri.
Beliau juga adalah graduan UIAM.
Agaknya waktu belajar di Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, pernah terserempak dengan beliau #doneclaim kali kedua
PENUTUP
Berilah sepenuh kepercayaan kepada para peguam yang dilantik sendiri oleh arwah keluar Zara Qairina.
Mereka jalankan tanggungjawab ini secara pro-bono (percuma) untuk memastikan keadilan ditegakkan.
Dalam kes jenayah seumpama ini, peguam keluarga arwah akan bekerjasama dengan pendakwa raya untuk membawa pesalah ke pengadilan, bukannya mereka yang membuat dakwaan sebagaimana dalam undang-undang sivil.
Mereka berulang kali mengeluarkan kenyataan supaya jangan buat sebarang andaian dan spekulasi, dan meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat tentang kes tersebut untuk merujuk mereka untuk dikumpulkan sebagai bukti.
Saya yakin bukan semua kerja-kerja yang mereka jalankan perlu ditunjukkan kepada awam.
Saya juga ada satu teori. Sebenarnya sudah ada pun saksi-saksi yang tampil, tapi memandangkan mereka di bawah umur, jadi identiti dirahsiakan. #donepalatao
Kita mahukan #JusticeForZara, jadi sebaiknya kita juga menghormati barisan peguam yang dilantik oleh keluarga arwah Zara Qairina sendiri.
Afyan Mat Rawi, LL.B UIAM
Pernah terfikir untuk jadi peguam, tapi tak jadi
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00

