fbpx

Pelaburan emas: Strategi untung yang bijak

  • 11 months ago
  • 2Minutes
  • 255Words
  • 181Views

Betul ke pelaburan emas ni dijamin untung? Kalau dijamin untung, kenapa masih ramai yang rugi?

Mudah sahaja sebab ada yang membeli emas tanpa strategi, ada yang terperangkap dengan kos tersembunyi, dan ada pula yang terjebak dengan mitos.

Saya kongsikan beberapa cara untuk kurangkan kerugian:

1. Konsisten

Ramai yang silap bila tengok harga emas mula naik, waktu tu la dia membeli. Jangan hanya membeli emas bila harga naik. Sebaliknya, belilah secara konsisten. Sebab semakin banyak bilangan gram emas, semakin besar potensi untuk untung.

Sebagai contoh: Jika harga emas naik RM50 segram, dengan 10gram anda untung RM500.

Cuba bayangkan kalau ada 1,000gram?

2. Strategi Harga

Ini pun ramai yang salah langkah. Janganlah takut kalau harga emas ni turun. Kalau turun, anggalah itu satu peluang besar!

Contohnya, anda membeli 1 gram pada harga RM320. Apabila harga jatuh ke RM310, tambahlah pembelian lagi 1gram.

Apa yang akan berlaku, harga purata emas anda akan jadi RM315.

3. Fahami Kos Tersembunyi.

Kenali semua kos yang mungkin kita tak perasan seperti spread emas, upah simpan, kos premium dan caj daripada pihak ar rahnu.

Cadangan saya, pilih platform yang telus seperti Uncang Emas KAB Gold. Simpan dalam ni percuma tak ada pun syarikat kenakan upah simpan.

4. Tak urus risiko

Jangan cakap emas ni tak ada risiko. Nampak mudah, tapi risiko dalam emas ni cukup banyak. Emas palsu, emas hilang, emas kena curi, semua ini risiko.

Benda ni berkait rapat dengan ilmu. Jadilah pelabur emas yang bijak dan nikmati hasil yang maksimum. Sertai saya di KAB Gold, kami sediakan bimbingan yang berterusan.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dah nak masuk tahun 2024, masih ada lagi geng forex…