Pelbagai Cara Mengurangkan Inflasi Kos Perubatan

Inflasi kos perubatan dilihat lebih tinggi daripada barangan dan perkhidmatan lain kerana kemajuan teknologi dan rawatan, ubat-ubatan baharu, tempoh jangka hayat yang lebih lama yang memerlukan lebih banyak rawatan perubatan, dan lain-lain.

Susulan itu, syarikat insurans/pengendali takaful mungkin menilai kadar inflasi sebanyak enam hingga lapan peratus bagi menampung kos inflasi perubatan.

Malaysia merupakan antara negara ASEAN yang mengalami kadar inflasi perubatan tertinggi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, peningkatan tuntutan yang dijangkakan dalam tahun 2019 adalah sebanyak 13 peratus.

Akibatnya, syarikat insurans/pengendali takaful perlu menyemak semula dan meningkatkan premium/sumbangan mereka.

Dipetik daripada artikel bertajuk “Mengapa premium/sumbangan perubatan dan kesihatan saya terus meningkat?” di Berita Harian, 27 November 2019.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM47.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com


BukuBMW


Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Recommended
Fasa terakhir untuk siapkan manuskrip buku Bijak Merancang Wang. Projek…