Pemungut sampah kumpul duit tunai ibadah korban

  • Reading:2Minute:s
  • PostView Count:136Views

Wanita tua yang bekerja sebagai pemungut sampah ini mengumpul wang hampir 3k selama 5 tahun untuk menunaikan ibadah korban seekor lembu!

Kisah warga emas yang lebih mesra di panggil Sahnun seorang pengutip sampah berjaya mengumpul dan mendermakan 10 juta rupiah (3K) untuk ibadah korban di sebuah masjid di Indonesia pernah tular sekitar tahun 2019.

Sahnun hidup sebatang kara menyara kehidupan dengan menjual hasil kutipan sampah setiap hari dan sering menumpang tidur kaki lima gerai-gerai. Setiap hari beliau akan memikul guni berisi plastik dan berjalan sejauh 3 kilometer sehari untuk mencari barangan terbuang. Pendapatan harian yang diperoleh antara 20 ribu rupiah (R.M5.84) hingga 50 ribu rupiah (RM.14.60) disimpan selama 5 tahun sebelum disedekahkan kepada petugas masjid untuk ibadah korban.

Hasil derma daripada beliau membolehkan para petugas masjid untuk membeli seekor lembu bersaiz sederhana pada ketika itu.

Walaupun serba kekurangan, ibarat kais pagi makan pagi, usaha warga emas yang berusia lebih 60 tahun ini bekerja setiap hari mencari rezeki dengan menjual hasil kutipannya boleh menjadi inspirasi untuk kita semua.

Jika kita merasai kehidupan menghimpit dan menjadi alasan untuk kita tidak menunaikan ibadah korban, kisah nenek Sahnun ini mungkin boleh dijadikan pedoman dan teladan.

Apa alasan kita untuk tidak menunaikan korban tahun ini?

Sertai ibadah korban di Malaysia, Indonesia, Thailand, Kemboja, Filipina dan Afghanistan

Klik di sini

Sumber FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

Recommended
Korban seorang ayah... Alang-alang korban tu, apa kata sertai ibadah…