April 5, 2020
‘Pencuri 1 sen Legend’
v
Menarik cerita yang saya perolehi daripada Twitter @aidi_ezzhar ini. Saya cuba serach di FB tak jumpa cerita ini.
Jadi saya kongsi di sini.
RAMAI BISING BERKENAAN KES KEHILANGAN DUIT DALAM BANK BANK TERTENTU SEKARANG NI.
Mesti ramai perasan kan kalau ratus ratus, ribu ribu. Cuba kalau hilang 1 sen setiap org, ada ke yang cek dah kesah?
‘Pencuri 1 sen legend’
Jom baca thread ‘pencuri 1 sen legend’ ni. Nama & cerita dia memang famous dulu.
1. Pernah dengar nama Aman Shah?
Mungkin generasi sekarang sudah tidak kenal nama ni. Femes kisah dia ni. Ada yang dah tahu, ada yang belum. Secara ringkas, beliau adalah pegawai di sebuah bank dan berjaya mencuri 1 sen demi 1 sen dari setiap akaun di Bank beliau bekerja
2. Aman Shah ni graduan akaun daripada iTM (UiTM) dan berumur 24 tahun ketika melakukan jenayah ini. Tempat dia bekerja adalah di Bank Hock Hua di Cawangan Raja Laut.
3. Dia telah hadir ke kursus untuk meningkat skillnya dalam melaksana operasi dan telah dinaikkan pangkat sebagai Ketua di Jabatan Pemprosesan SPEED. SPEED tu shortform untuk Sistem Permindahan Electronik Untuk Dana dan Sekuriti.
4. Jadi dengan jawatan inilah beliau berjaya mengumpulkan wang sebanyak RM 4 juta. Dalam 14 hari sahaja beliau berjaya mengumpulkan sebanyak RM 4 juta.
5. Sumber menyatakan bahawa dia memindahkan wang 1 sen setiap hari dari setiap akaun itu semua ke akaun proxy di bank lain.
6. Macam mana kantoi?
Sebab dia ni peminat kereta mewah dan sports, jadi beliau sehingga ditemubual untuk rancangan TV bertajuk Sekapur Sireh di TV3 pada 3 Jun 1990.
7. Masa ni dia bangga share pasal koleksi kereta dia. Time ni jugak bekas bos dia (dia dah berhenti masa ni) pun tengok rancangan TV tu masa ni dan mula pelik dan rasa something wrong.
Tak logik kot gaji RM 1800 boleh beli kereta macam tu semua?
8. Dengan semakan audit dan bukti bukti yang ada, bekas bos dia pun report polis dan Aman Shah pun di tahan di rumah mewahnya 3 hari selepas itu.
9. Dia didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun oleh Mahkamah Sesyen KL.
10. Segala duit yang dari Bank Hock Hua tu dia pindahkan ke akaun agensi pengiklanan bistro dekat Bank Bumiputra.
NOTA saya:
1. Bank Hock Hua sekarang dikenali sebagai Public Bank.
2. Kalau saya pengarah, boleh ambil jalan cerita ini utk dijadikan filem. Agak-agak boleh Box Office tak?
3. Jangan menunjuk sangat kekayaan tu. Nanti kantoi. Sama macam kes T20 dan artis yang menunjuk-nunjuk kekayaan selama ini, masa krisis minta bantuan.
4. Kisah ini berlaku pada tahun 90-an. Ketika itu teknologi tidak seperti hari ini. Kali hari ini berlaku, tak sampai 24 jam bank dapat kesan.
5. Dengar-dengarnya, Aman Shah itu diserap sebagai “intelligent” atas kecerdikan yang dimiliki beliau. Tadi ada orang share FB beliau di komen.
Wallahua’lam..
Ada lagi nak tambah? Komen terbaik, saya update.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran