Pencuri Bodoh (2)
Pencuri bodoh tempoh hari hanya mendapat sebuah beg berisi dokumen-dokumen perniagaan saya sahaja. Tiada satu pun dokumen-dokumen tersebut bernilai untuk pencuri tersubut gunakan, kecuali dia juga seorang ejen takaful, maka dia boleh gunakan borang-borang tersebut. Yang mungkin bernilai adalah beg tersebut yang boleh dijual sekitar RM 10.00. itu sahaja yang dia dapat.
Gara-gara pencuri bodoh tersebut, saya menanggung beberapa kerugian;
1. Cermin kereta yang pecah. Untuk menggantikan cermin tersebut, RM 120.00 hilang begitu sahaja. Harga ini setelah mendapat diskaun daripada pomen yang baik hati. Kalau di tempat lain mungkin lebih mahal.
2. Polisi-polisi pelanggan saya. Ada kira-kira 5 polisi yang hilang. Untuk mendapatkan balik polisi tersebut, saya mesti membayar RM 25.00 setiap satu, bermakna untuk mendapat balik kesemua polisi, RM 125.00 lagi terpaksa dikorbankan.
3. Pembersihan sisa-sisa cermin pecah di dalam kereta. Pernah tengok serpihan cermin kereta pecah? Apabila cermin kereta pecah ia akan membentuk serpihan-serpihan kecil, tidak seperti serpihan cermin biasa yang agak besar. Serpihan-serpihan tersebut berterabur di dalam kereta, terutama di bahagian kusyen yang diperbuat daripada kain. Apabila kaca bertemu kain, memang susah untuk dibersihkan. Walaupun saya telah cuba untuk bersihkan semenjak minggu lepas, sehingga kini masih ada lagi serpihan-serpihan kecil yang ditemui.
4. Penangguhan penghantaran polisi kepada pelnggan. Disebabkan kecuria tersebut, saya gagal untuk menghantar polisi-polisi pelanggan-pelannggan saya dengan kadar segera. Kredebiliti saya tercalar.
Jumlah kerugian saya sekurang-kurangnya RM 250 dalam tempoh beberapa saat, dan keuntungan pencuri tersebut hanyalah RM 10.00!
P/S: Rayuan saya kepad pencuri berkenaan; tolong pulangkan balik polisi-polisi tersebut. Beg tu kalau nak ambil, ambillah. Saya halalkan. Letak polisi-poliosi di atas kereta saya. Saya akan parking di tempat yang sama setiap hari. Tolong ye….
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran
load jek page nih, tertarik sekali dgn theme dia, hijau yg menenangkan. apapun, bersabarlah dgn pencurik tuh, dia mmg bodoh sbb tu dia jadik pencuri. percayalah, dia pun menyumpah juga, kerana bag tu xde apa2 yg berharga utknya, kita doa dia insaf ajelah.
Terima kasih Sdr shutterspeaks.
Saya pun harap pencuri tu segera insaf. Beg tersebut saya halalkan…
Bro ,saya tumpang simpati gak ngan sedara dan pencuri bodoh itu. Semoga pencuri itu terbaca kisah dia kat blog ni…insaf la cepat2..menyusahkan orang je..
Afyan: Moga-moga cerita saya jadi pengajaran utk orang lain 🙁
Biar rugi rm125 dulu utk polisi tu, utg kemudian.. 🙂
(akak saya agen Takaful)
*elok kalo pakai tinted, cermin pecah konfem tak berterabur.. 🙂
Afyan: Akak awak ejen takaful jugak ke? elok dia baca cerita saya ni, boleh bertukar-tukar penalaman.
rege windscreen keta ko 120 jer? murah tuh, utk makluman rege windscreen tuk iswara (double layer) ialah 450++, sbb tu aku beli polisi windscreen kt hang. masalahnya, selepas beberapa bulan, windscreen keta aku yg dh retak tu, tak pecah2 smpi skang….rugi la beli polisi windscreen utk tahun nie huhuhu
p/s yg lebih menyedihkan, dlm laptop faizol tu ada semua materials2 utk website customers2 dia termasuk la website butik aku…huhuhu
Afyan: Takziah atas musibah yang menimpa 🙁