Tersirat di sebalik tersurat…

poster_motivasi4.jpg

Di RK Training, antara lain tugas saya adalah sebagai designer untuk sebarang brosur, surat, poster, handout dan sebagainya. Poster ini, adalah antara poster motivasi yang diberikan kepada peserta-peserta program kami.

Yang tersirat di di sebalik yang tersurat pada poster tersebut adalah;

1. Dua tangan yang sedang “pass batton” bermaksud tangan yang menghulur batton menggambarkan kami bersedia untuk memberi apa yang ada pada kami. Manakala batton adalah simbol kepada apa yang ada pada kami dari segi kemahiran, ilmu, cerita kejayaan, dan sebagainya. Sementara tangan yan menerima batton pula adalah peserta program-program kami yang bersedia menerima apa yang kami berikan.

2. Buah catur “askar” adalah buah catur yang paling kecil nilainya di dalam permainan catur, berbanding buah-buah catur yang lain seperti castle, king atau queen, tetapi ia adalah buah catur yang palin banyak. Ia menggambarkan, seseorang tidak perlu menjadi luar biasa untuk menghasilkan sesuatu yang luar biasa. Yang penting adalah usaha dan kesungguhan yang luar biasa. “Checkmate” boleh dilakukan menggunakan buah catur ini bukan?

3. Permainan catur menggambarkan hidup ini memerlukan ilmu dan kemahiran, baru boleh “checkmate”.

4. Lumba lari menggambarkan kehidupan adalah satu perlumbaan, dan untuk menang dalam perlumbaan lari berganti-ganti, kita perlu berusaha dan bekerjasama.

5. Helang adalah lambang kejayaan dan kemegahan. Helang adalah burung yang paling berkuasa di udara. Semua orang boleh menjadi helang!

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com