Pengalaman mediasi, lawyer kata paling panjang dalam karier beliau
Saya dan Cikgu Mohd Fadli Salleh berada di sini sejak daripada pagi tadi bersama pasukan peguam kami untuk proses mediasi bersama Atomy Malaysia.
Baru tadi Bro Firdaus Wong sampai. Beliau terkejut sebab sesi kami tak habis lagi.
Kata Bro FW “Selalunya sesi mediasi 2-3 jam sahaja”.
Kemudian peguam Pn Nor Zabetha kata, “Inilah proses mediasi paling lama yang saya pernah handle”.
Doakan kami kawan-kawan…
UPDATE:
Untuk makluman semua, kes kami (saya dan Cikgu Fadli) dibicarakan berasingan daripada Bro FW. Sebab Atomy Malaysia memohon saman secara berasingan.
Jadi, proses mediasi pun berasingan. Proses mediasi dengan FW sebelum ini, berjalan hanya satu sesi selama lebih kurang 2-3 jam sahaja dan ia gagal mencapai kata putus, dan akan ke perbicaraan penuh.
Bagi mediasi kami pula, ini kali kedua berlangsung. Kali pertama bulan lalu hanya sekitar 3 jam sahaja.
Kali ini sampai ke petang baru habis. Dan akan ada lagi satu tu sesi. Sehingga kini belum ada kata putus.
Doakan kami…
Alang-alang ramai komen, saya mengambil kesempatan untuk promote buku FIRE
Belajar ilmu-ilmu kewangan secara advance untuk mencapai financial freedom, menggunakan Buku Financial Independence Retire Early (F.I.R.E)
Dalam buku ini dikongsikan 7 langkah demi langkah bagaimana mengumpul harta untuk mencapai FIRE dan 9 mindset dan habit kewangan untuk membentuk identiti FIRE.
Detail dan tempahan menggunakan link di sini.
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran