fbpx

Pengalaman melawat ke ‘negara insaf tak nak pergi’

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 265Words
  • 628Views

Terbaca posting berkenaan negara / tempat yang pernah sampai tapi insaf taknak pergi dah.

Banyak juga negara-negara yang disebut itu, pernah saya pergi tapi tidaklah sampai “insaf taknak pergi dah”.

Antaranya New Delhi dan Agra di India, pernah melawat ke sana tahun 2018. Diakui memang agak kotor di sana. Rakyat tempatan buang air tepi jalan 😅 Tapi Alhamdulillah, taklah sampai serik nak ke sana lagi.

Di Vietnam, kena pandai tawar menawar baru dapat best deal. Harga yang penjual letak, sepatutnya boleh tawar hingga 50% daripada harga asal. Masa saya ke sana, setiap kali nak beli barang, terus compare dengan harga di Internet. Sama juga ketika di China.

Di Guang Zhou, China pernah pergi tahun 2013 pun sama seperti apa yang diceritakan dalam komen. Paling “menyeramkan” apabila ada peniaga ugut bunuh sebab katanya saya mempengaruhi pelanggan lain membeli dengannya.

Waktu tu di sebuah plaza barangan IT, saya nampak kawan sedang tawar menawar dengan seorang peniaga. Saya beritahu kawan itu, saya dapat harga lebih murah dengan orang lain. Lalu dimarahnya 😅

Kali di Thailand, setakat beberapa kali saya ke sana sangat memuaskan. Mudah dapat makanan halal dan murah.

Alhamdulillah, banyak juga negara yang saya pergi tidak tersenarai dalam list negara yang “insaf taknak pergi dah”, seperti Jepun (2015), Korea (2019), 2016 (Taiwan) Palestin (2017), Arab Saudi (2017), Jordan (2017), Spain (2011), Bosnia (2012). Kazakhstan (2019), Rusia (2019), Amsterdam, Netherlands (2018).

Apa pula pengalaman anda? Boleh kongsikan di ruangan komen.

Oh ya, kebanyakan saya ke luar negara adalah secara pencuma 😁 InsyaAllah bulan depan akan ke Turki pula. Pun secara percuna juga. Apa yang best di sana?

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

Nak travel secara percuma? Klik di sini atau isi borang di bawah

Berminat untuk menyertai INFAQ dalam team mana? Boleh tanda lebih dari satu.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tadi saya menerima panggilan daripada seorang pegawai Tabung Haji berkenaan…