fbpx

MRTT vs MLTT vs Life Takaful

  • 1 year ago
  • 6Minutes
  • 1154Words
  • 521Views

Selepas membaca posting CikPuan Bella Leana tentang MRTT vs MLTT vs Life Takaful, saya mengakui apa yang ditulisnya lebih tepat berbanding dengan apa yang saya pernah kongsikan tentang perkara tersebut selama ini.

Dalam posting-posting berkaitan MLTT yang saya tulis selama ini merujuk kepada konsep MLTT, bukan produk MLTT. Sama seperti saya terangkan konsep Income Protection, konsep Loving Couple Policy dan seumpamanya. Semuanya adalah konsep dalam melanggan takaful, bukannya nama produk.

Manakala apa yang ditulis dalam posting beliau, mengasingkan antara polisi MLTT dengan polisi takaful (life policy) yang berfungsi mirip MLTT iaitu untuk perlindungan hutang rumah.

Apa yang diterangkan oleh beliau lebih tepat iaitu tentang perbandingan antara produk MLTT dgn produk takaful yang berfungsi untuk perlindungan hutang rumah.

Dalam banyak posting saya terdahulu, hanya kongsikan tentang konsep MLTT dan tidak terangkan lebih lanjut tentang produk khusus MLTT yang terdapat dalam pasaran.

Produk khusus MLTT biasanya dipasarkan melalui bank-bank apabila menawarkan produk pembiayaan perumahan. Tapi tak banyak syarikat takaful menawarkan produk tersebut.

Banker atau mortgage consultant juga jarang pasarkan, apatah lagi ejen takaful. Mungkin disebabkan perkara tersebut, ramai yang menyamakan polisi MLTT dengan polisi takaful yang berfungsi untuk perlindungan hutang rumah, walhal kedua-duanya ada perbezaan.

Kita sama-sama betulkan yang biasa dan biasakan yang betul. Saya mohon maaf atas kekhilafan dan salah faham yang berlaku melalui posting-posting sebelum ini.

Afyan Mat Rawi

1 Oktober 2022.

[IKLAN: Belajar ilmu-ilmu kewangan secara PERCUMA di Channel Telegram t.me/AfyanIFP]

—————————————————

UPDATE:

Saya kongsikan tulisan penuh beliau:

MRTT vs MLTT vs Life Takaful

Ni 3 benda yang berbeza.. ramai je yang claim Life Takaful yang bayar bulan2 tu ialah MLTT.. walhal takde satu patah words MLTT pun kat dalam policy..

Alaaa lebih kurang lah.. sebab dah buat Absolute Assignment. So MLTT lah tu..

Alaa… asal faham, ok lah tu..

No No No..

Cuma, kan lebih manis kita terus ajarkan yang betul pada pertama kali?? Do the right things right at first time.. kan manis..

Im not perfect, neither bijaksana nor hebat excellent bagai.. bella just nak share pada semua sedikit ilmu ni..

So kita sama-sama belajar ok!

Disclaimer 1

Bella bukan Agent Takaful – Tapi ada licence Takaful lah..

Terkenang masa ambil exam kat Convent Bukit Nenas sambil bawa slip exam dan ic.. fuhh! Sebulan jugalah tahu result nya 😅

Ok, figure kat bawah ni bella forecast untuk Financing amount RM300,000 untuk Male age 30, non smoker, ambil financing untuk tempoh 35tahun. Untuk Life Takaful pula, bella dapatkan quotation yang affordable under GETB.. untuk MRTT/MLTT kita buat calculation untuk full coverage RM300k dan 35tahun gunakan current rate 3.55% (Effective)

Figure1

Kita jangan touch part berapa bayaran bulanan financing atau exceeded 5% financing.. tapi hari ni kita fokus kat part MRTT dan MLTT serta Life Takaful..

Ok? Gambar yang pertama

MRTT/MLTT – Memang tiada bayaran bulanan tau.. dia either lumpsum self finance (pay cash) atau finance dalam financing..

Bella ada letakkan kat Jumlah bayaran tu, kalau bayar cash lebih murah..

MRTT

Cash = RM12,846 (RM12,846/12/35 = RM30.59)

Finance = RM13,421 (RM13,421/12/35 = RM31.95) (tambah Profit RM23,461.20/12/35 = RM55.86)
(Refer gambar 3 ) di bawah

MLTT

Cash = RM25,608 (RM25,608/12/35 = RM60.97)

Finance = RM27,969 (RM27,696/12/35 = RM66.60) (tambah profit bank RM48,888/12/35 = RM116.40) (Refer Gambar 4 ) di bawah

Life Takaful

RM147 sebulan untuk 30 tahun.. ya coverage sehingga 30tahun sahaja..

Kalau nak tambah boleh, dan amount bulanan mungkin berbeza..

Dan untuk Life takaful ni dengan bayaran yang sama setiap bulan, akan ada peningkatan amount perlindungan setiap 5tahun sebayak 10% (RM30k)

Jumlah bayaran RM147x12x30 = RM52,920

Life takaful ni boleh je pair kan dengan rumah.. tapi dia tetap life takaful, tak boleh tukar jadi MLTT.. tapi still boleh buat absolute assignment atau pun hibah siap2 dengan syarat penama kena selesaikan Baki Hutang Rumah.. sangat berbeza dengan MLTT..

Ini just simple ilustration ok..

Coverage untuk ketiga-tiga takaful ni pun berbeza.. untuk Life Takaful, boleh add rider.. lebih banyak rider, lebih tinggi premium (contribution bulanan).. lebih flexible untuk contributor nak control coverage apa yang dia perlukan..

Ok, part ramai yang claim Life Takaful tu MLTT.. bella faham mungkin niat korang tu sangat baik.. nak create awareness supaya ambil lah Takaful dan pair kan dengan rumah.. so terus lah korang claim bahawa product tu adalah MLTT..

Cuma.. tak rasa bersalah ke kalau explain yang product yang mereka sign up tu sebenarnya bukan MLTT? Dah hampir kepada missleading dah ni..

Kan lebih manis kalau terus je berterus terang.. MLTT sangat lain daripada Life Takaful..

Maaf ya jika ada yang bitter.. tapi kan lebih manis kita do the right things right at first time??

Ok, yang mana bayar bulan-bulan tu, takde yang salah pun.. good for you.. sebab memang ianya sangat bagus.. terus kan..

Yang mana baru nak buat life takaful dan nak buat absolute assignment sebab Your agent kata itu adalah MLTT, apa yang korang buat tu tak salah.. cuma penjelasan nya agak tersasar sikit lah.. terpesong sikit.. matlamat tidak menghalalkan cara kan??

Dan..

MLTT ni tak perlu absolute assignment, dan yang kata Life boleh buat absolute assignment tu tolong juga beritahu client yang Absolute Assignment sekarang ni sudah di kenakan Duti Setem Ad-volerem (based on Value) bukan lagi RM10 sahaja tau..

Life Takaful ni pula tak semestinya kena buat absolute assignment kawan-kawan.. so jangan takut.. boleh teruskan.. cuma mungkin bila kita ambil financing kita tertakluk dengan syarat lulus yang bank kenakan..

So, nak ambil MRTT atau MLTT atau Life Takaful? Yang mana lebih bagus??

Ketiga nya bagus.. kena ukur tahap tebal poket korang.. yang mana ada budget lebih dan boleh commit monthly contribution, why not ambil Life Takaful.. ada lah extra sikit nanti untuk keluarga.. selagi tak lapse, selagi tu kita selamat.. kalau lapse pula, mungkin ada cash/surrender value yang boleh cover.. selagi cukup, selagi tu lah selamat..

Yang mana poket tak berapa nak tebal, boleh je ambil MRTT..

MRTT ni lebih murah, tapi dia dah caj upfront, so sekiranya ada kenaikan atau penurunan BLR/BR/SBR, akan ada effect juga pada coverage..

MLTT pun lebih murah sedikit compare to life takaful.. tapi lebih mahal dari MRTT..

Ok, harap2 membantu.. kita sama-sama belajar ok..

Oh ya, ada yang tanya, ada kemungkinan tak ada penambahan amount selepas kita dah signed / accept Letter Offer kita yang ada MRTT/MLTT tu?

Yes ada dan pihak Takaful Provider boleh je menaikkan premium kita walaupun kita dah signed LO..

Antara sebab nya:-

1. jika kita pernah ada history dengan LIAM (Life Insurance Association of Malaysia)

2. BMI tidak normal (Tinggi dan Berat tak seimbang)

3. High Risk Wokring environment / Hobbies

4. Ada penyakit

Dan walaupun MRTT / MLTT, kita tetap kena declare tau.. jangan main sign buta je..

Tak semua orang bernasib baik jumpa banker yang explain page by page.. lagi haru, sign LO tak jumpa Banker!

Ok, cukup untuk hari ni ok.. nanti kita belajar lagi ok?

Love,
Bella
#bellaleana
#belladanfinancing

Rujukan:

Posting CikPuan Bella Leana di sini

Posting saya sebelum ini, ini antara yang viral, ditulis sejak 2015. Nanti saya perlu tambah baik dengan info terkini. Perbandingan MRTT dan MLTT

Saya galakkan utk dapatkan Buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW untuk belajar ilmu-ilmu kewangan.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Terbaca posting berkenaan negara / tempat yang pernah sampai tapi…