Pengharaman riba: Antara hikmah dan ‘illah
“Nabi Muhammad (selawat) tidak pernah kata riba diharamkan disebabkan menindas.”
Tadi saya update posting ringkas dengan ayat di atas dan ramai bertanya, “Jadi, apa sebab Allah haramkan riba”.
Sebenarnya persoalan sama pernah saya dan rakan-rakan dalam kelas muamalat bertanyakan. Jawapan ringkas daripada guru “Ia adalah ujian daripada Allah”.
Baik, saya huraikan.
Ramai orang Melayu tak faham perkara ni. Mereka menganggap riba haram disebabkan penindasan. Saya Melayu dan saya pun mengalaminya suatu ketika dahulu.
Zalim dalam konteks syariah Islam tidak sama dengan fahaman biasa orang Melayu. Zalim bermaksud tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Zalim boleh wujud sekalipun tidak menindas. Dalam konteks Melayu, zalim merujuk kepada menindas, menyusahkan, menyiksa dan seumpamanya.
Melakukan maksiat adalah satu kezaliman walaupun tidak menindas. Minum arak adalah zalim waluapun tidak menindas. Tidak solat adalah zalim sekalipun tidak menindas.
Tidak dapat dinafikan bahawa antara hikmah pengharaman riba untuk mengelakkan penindasan. Namun harus diingati bahawa hikmah bukan faktor mempengaruhi hukum. Hikmah bukan ‘illah. Yang mempengaruhi hukum ialah illah.
Contoh pengharaman arak,’ illahnya ialah memabukkan. Sebab itu ada hukum berbeza untuk arak dan alkohol yang menjadi kandungan dalam arak. Ia perbahasan panjang para alim ulama dengan mengambil kira ‘illah arak.
Dalam masa sama, air arak tetap haram walaupun ia diminum sedikit yang tidak memabukkan. Manakala ‘illah pengharaman arak ialah memabukkan yang menjadikan air minimum lain yang bukan arak pun menjadi haram jika ia mempunyai ciri memabukkan. Itu ada huraian lebih panjang, dan saya tak bercadang untuk diskus panjang di sini.
Contoh lain, pengharaman babi, ‘illahnya ialah babi itu sendiri yang Allah sebut secara spesifik bersama pengharaman bangkai dan darah. Haramnya babi sebab batang tubuh babi itu sendiri. Walaupun hikmah pengharaman babi adalah kerana ia kotor dan mendatangkan penyakit, ia tetap haram seandainya wujud teknologi membuang elemen tersebut.
Berbalik kepada isu riba diharamkan, tidak ada satu hadith Nabi Muhammad menyebut riba haram disebabkan menindas.
Riba berlaku apabila pertukaran item ribawi tidak sama nilai dan bertangguh. Riba boleh berlaku tanpa sebarang unsur penindasan. Lagipun “penindasan” adalah sesuatu yg subjektif.
Saya bagi contoh yang saya berikan dalam posting sebelum ini.
Tukar RM100 sekeping dengan RM1 sebanyak 101 keping (total RM101) adalah riba biarpun suka sama suka dan tidak menindas.
Pinjam RM10,000 dan bayar balik RM10,000 dalam masa 20 tahun tidak riba waluapun ia menyusahkan pemberi pinjam. Yang meminjam bersenang lenang dan yang memberi pinjam macam peminta sedekah pula tuntut hutang.
Pinjam RM10,000 dan bayar balik RM10,001 dalam masa 20 tahun adalah riba sekalipun tidak membebankan, menyusahkan peminjam, malah menyeronokkan peminjam.
Tukar RM100 dengan USD20 tidak riba, jika berlaku pertukaran on the spot.
Tapi tukar RM100 dengan USD20 adalah riba, jika berlaku delay.
Pahang?
Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran