fbpx

Penghijrahan KWSP Patuh Syariah

  • 8 years ago
  • 2Minutes
  • 381Words
  • 429Views

Hari ini 8 Ogos 2016 hari yang cukup bersejarah.

1

Hari ini menyaksikan umat Islam Malaysia berpusu-pusu membanjiri pejabat dan cawangan KWSP untuk urusan “penghijrahan” dari KWSP tidak patuh syariah kepada KWSP patuh syariah.

Ini petanda yang baik untuk masa depan Islam di Malaysia kerana tanpa kesedaran tentang halal haram kewangan Islam, ia tidak mungkin untuk.

THROWBACK 30 TAHUN LALU

30 tahun dahulu, ketika sistem kewangan Islam mula diperkenalkan, ramai yang memandang sepi.

Ramai yang mempertikaikan sistem kewangan Islam yang dikatakan tidak menguntungkan. Ramai yang skeptikal, termasuk Muslim dan apatah lagi non-Muslim.

Ramai yang tidak mempercayai sistem kewangan Islam boleh memberi banyak faedah kepada masyarakat, terutama di dalam kerangkan ekonomi yang dikuasai oleh sistem konvensional.

Namun, ia cerita 20-30 tahun lepas. Hari ini, sistem kewangan Islam tidak lagi menjadi sesuatu yang pelik. Malah non-Muslim juga turut menerima dan mengiktiraf sistem kewangan Islam.

Sekalipun terdapat sedikit sebanyak kelemahan, sistem kewangan Islam diterima positif sebagai satu alternatif kepada sistem kewangan konvensional.

Siapa sangka, sistem kewangan Islam boleh duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan sistem kewangan konvensional di Malaysia. Malah menjadi sumber rujukan negara-negara umat Islam lain untuk mempraktikkan di negara mereka.

PERUNDANGAN ISLAM : KITARAN SAMA

Kini, perkara yang sama berlaku dalam sistem undang-undang Islam.

Sistem perundangan Islam dipandang pelik. Tuduhan-tuduhan negetif seperti zalim, undang-undang rimba, tidak adil berleluasa.

Bukan setakat orang-orang non-Muslim, malah Muslim juga memandang skeptikal terhadap undang-undang ini.

Jika 10-20 tahun lepas lebih teruk, sampai menafikan al-Quran dalam hal undang-undang Allah ini.

Kini, ia semakin diterima sedikit demi sedikit, termasuk oleh non-Muslim.

Sekalipun masih belum terlaksana undang-undang Islam, namun penolakannya sedikit ‘berlapik’ berbanding 10-20 tahun lepas. Nadanya sudah sedikit kendur menolak perundangan Islam dengan alasan “belum bersedia”.

Bayangkan, jika sistem kewangan Islam 30 tahun lepas tidak dilaksanakan dengan alasan “belum bersedia”, sudah tentu tidak akan ada kita melihat sistem kewangan Islam yang ada pada hari ini.

Saya optimis, suatu hari milik ISLAM.

Alhamdulillah, seronok menyaksikan gambar-gambar di pejabat-pejabat KWSP yang diserbu secara besar-besaran oleh para pencarum.

Menunjukkan semakin ramai rakyat Malaysia yang peka dan ambil berat isu-isu pematuhan syariah.

Saya mengharapkan PNB dapat mengambil tindakan proaktif sebegini untuk memperkenalkan skim-skim pelaburan patuh syariah yang mengikut piawaian penasihat syariah Suruhanjaya Sekuriti, badan yang bertanggungjawab memantau pelaburan-pelaburan di Malaysia.

Gambar-gambar ini saya ambil dari FB-FB yang lalu di newsfeed saya melalui carian “KWSP”.

2 3 4 5 6

*Kongsi status ini tanda sokongan.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ini posting saya setahun lalu, ia genap setahun hari ini.…