fbpx

Pengumuman Mohor Besar DiRaja, Rakaman atau Live?

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 315Words
  • 382Views

Menjelang Ramadhan, saya kongsikan balik posting ini.

Posting ini menyebabkan rakan yang saya screenshot itu dihubungi oleh pihak atasan apabila ia viral suatu ketika dahulu.

Ketika itu, rakan saya terlibat dalam rakaman pengumuman Mohor Besar Raja-raja dan kongsikan ke FB. Walaupun posting asal ia sudah tidak ada, tapi saya sempat screenshot posting tersebut dan padamkan nama pemilik asal posting ini.

Tahukah anda, pengumuman Mohor Besar Di Raja berhubung tarikh-tarikh penting kalender Islam seperti tarikh permulaan puasa 1 Ramadhan, tarikh hari raya Aidilfitri 1 Syawal dan tarikh hari raya Aidil Adha sudah dirakam siap-siap sebelum disiarkan pada waktunya?

Ia dirakam dengan 2 tarikh jangkaan hari berkenaan dan akan disiarkan apabila sudah mendapat tarikh yang pasti.

Selama ini saya sangka pengumuman mohor besar dijalankan secara LIVE, sehinggalah saya terlihat posting sahabat saya yang bekerja di RTM, beberapa tahun lalu.

Rupa-rupanya ia rakaman, dengan skrip 2 tarikh masihi berbeza bagi tarikh 1 Ramadhan atau 1 Syawal.

Sebab itu pernah terjadi, ada siaran TV tersilap menyiarkan rakaman pengumuman tarikh yang tidak betul kerana tersilap pilih video rakaman.

Masa kecil-kecil dahulu saya sangka ia begini:

1. Pemegang Mohor Besar Raja-raja akan berada di satu tempat berdekatan dengan lokasi melihat anak bulan.
2. Dalam masa sama proses melihat anak bulan dilakukan oleh ahli-ahli falak.
3. Selepas menoropong anak bulan. Jika nampak, mereka akan membuat keputusan bahawa keesokannya puasa atau raya. Jika tidak nampak mereka akan membuat kiraan falak.
4. Selepas mereka membuat keputusan tarikh puasa atau tarikh hari raya, mereka maklumkan kepada Pemegang Mohor Besar.
5. Pemegang Mohor Besar akan menghubungi Majlis Raja-raja utk mendapat pengesahan tarikh.
6. Selepas dapat pengesahan tarikh, Pemegang Mohor Besar Raja-raja akan ke studio rakaman utk membuat rakaman secara LIVE ke seluruh rakyat Malaysia di kaca-kaca TV.
7. Saya akan menanti dengan penuh sabar sama ada esok jatuh 1 Ramadhan atau 1 Syawal, menonton pengisytiharan oleh Pemegang Mohor Besar Raja-raja.

Itulah imaginasi saya ketika kecil-kecil dahulu.

Hahaahaha! Tapi rupa-rupanya bukan begitu!

Apa pula imaginasi anda?

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Untuk sesi Borak & MembaWang FOREX TRADING HARAM: Kenapa Saya…