Penjawat Awam Banyak Hutang ?

Dipetik dari FB Razzaq Ajaq

Saya setuju memang penjawat awam kebanyakannya banyak hutang.

Yang membezakan ialah hutang baik atau hutang jahat.

Banyak lagi kelebihan mereka sebenarnya.

  1. Bank sayang betul mereka. Pinjaman peribadi dapat kadar istimewa. Maksimum beratus ribu dan tempoh 10 tahun.
  2. Pinjaman rumah boleh pinjam bank dan boleh pinjam LPPSA. Pandai pakai boleh dapat 4 buah rumah seorang.
  3. Penjawat awam skim pencen. Kiraan pencen 60% dari gaji hakiki. Gaji akhir RM10, 000, pencen hanya RM6000 saja.
  4. Ada pula pencen terbitan. Dia meninggal, balu dan anak dapat pencen bulanan.
  5. Penjawat awam selain pencen ada ganjaran Perkhidmatan dan ganjaran Terbitan. Ratus ribu juga jumlahnya.

    Ganjaran Perkhidmatan bayaran kepada yang bersara sama ada bersara wajib atau bersara pilihan.

    Ganjaran Terbitan ialah bayaran kepada waris apabila meninggal dunia dalam perkhidmatan.

  6. Gaji mereka ada dapat kenaikan tahunan. Biasanya dalam 5 tahun, RM1000 juga kenaikan mereka.
  7. Pencen juga macam gaji, ada kenaikkan tahunan.
  8. Mereka juga ada Ganjaran Cuti Rehat (GCR). Kalau cukup cuti rehat tak pakai 150 hari, ada lebih RM30, 000 juga boleh tebus.
  9. Ada juga pinjaman kerajaan beli kenderaan, laptop dan motosikal. Beli motoboat pun boleh.
  10. Penjawat awam juga banyak terlibat dengan skim cepat kaya. Kenaikan gaji tahunan terlalu lambat kata mereka.

Kalau jodoh penjawat awam, kahwin sahaja. Jangan tak kahwin sebab hutang sahaja. Tanya juga hutang apa mereka ada.

Kalau hutang kereta dan personal loan sahaja sudah beratus ribu. Hati-hati takut kita juga tukang membayarnya nanti.

Jadi tak kira kita penjawat awam atau tidak, kena bijak buat hutang yang mengkayakan kita dan bukan hutang yang merugikan kita.

Razzaaq Ajaq
#cikguscooter
INFAQ Consultancy

Sumber dari Fb Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Recommended
Kenapa perlu melanggan takaful bersama INFAQ Consultancy? 1. Klinik Takaful…