Penjenamaan Semula Unit Amanah Berubah ASNB
Perkembangan menarik daripada PNB, penjenamaan semula unit amanah berubah ASNB.
Dengan penjenamaan ini, ia akan berbeza dengan ASB dan dana-dana PNB biasa yang berharga tetap iaitu RM1 seunit.
Ia akan mirip unit amanah swasta yang dipasarkan oleh syarikat-syarikat unit amanah swasta.
Saya belum sempat semak prospektus utk mengetahui tahap risiko, servis caj dan sebagainya.
Jika ia menawarkan dgn servis caj yang lebih rendah atau 0%, ia menjadi alternatif terbaik pelabur dan cabaran besar bagi ejen-ejen unit trust.
Ia akan menjadi pesaing kepada dana-dana unit trust swasta lain seperti Public Mutual, CIMB Investment, Kenanga Investment, Eastpring, RHB, PHEIM dan sebagainya.
Satu sahaja harapan saya, tiada isu patuh syariah.
Ia berkuat-kuasa 1 Mei lepas. Berikut notis dari FB PNB;
Unit amanah harga berubah ASNB kini berwajah baharu.
Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, penjenamaan semula Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Nasional 2 (ASN2), Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN3) dan Amanah Saham Gemilang (ASG) ini bertujuan memudahkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang lebih sesuai dengan matlamat, usia dan toleransi risiko masing-masing bagi meraih pulangan maksimum.
“Penjenamaan semula unit amanah harga berubah ini meletakkan semua produk berkenaan dalam 3 kategori baharu iaitu Ekuiti, Aset Campuran Seimbang dan Aset Campuran Konservatif.
“Pembahagian kategori ini dibuat berdasarkan pendedahan risiko tabung berkenaan yang mana tabung kategori Ekuiti menumpu lebih kepada pasaran saham, tabung kategori Seimbang melabur dalam aset campuran seimbang manakala tabung kategori Konservatif membuat pelaburan dalam aset campuran konservatif,” katanya
ASN, ASN2 dan ASG Kesihatan yang berada dalam kategori Ekuiti dinamakan semula sebagai ASN, ASN Ekuiti 2 dan ASN Ekuiti 3.
Tabung dalam kategori Ekuiti sesuai untuk golongan muda kerana ia merupakan tabung dengan tahap risiko tinggi yang menjanjikan peluang untuk meningkatkan modal secara maksimum
Sementara itu, ASN 3 dan ASG Pendidikan yang berada dalam kategori Seimbang dinamakan semula sebagai ASN Imbang 1 dan ASN Imbang 2
Tabung dalam kategori Seimbang sesuai untuk mereka yang berada dalam usia pertengahan iaitu awal 40-an yang inginkan pertumbuhan sederhana dan berterusan dalam pelaburan.
ASG Persaraan yang dimasukkan dalam kategori Konservatif dijenamakan semula sebagai ASN Sara 1.
Tabung kategori Konservatif sesuai untuk mereka yang berada di awal persaraan dan mempunyai toleransi risiko yang rendah.
Setiap tabung akan membangunkan strategi perumpukan aset yang menumpu kepada prestasi yang ditetapkan dan sejajar dengan itu, penanda aras baharu iaitu FBM100 dan deposit tetap 12-bulan akan digunakan.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran