Eh, Bank Islam Buat Forex Halal Pula?

  • Reading:2Minute:s
  • PostView Count:10Views

Kata Geng Forex:

“Eh, bank Islam buat forex, halal pula?”.

“Baca ni – Garis Panduan Syariah Dalam Perdagangan Forex

“Dah baca. Bank Islam buat boleh, so aku pun boleh la juga nak buat. Aku nak buat forex MACAM BANK ISLAM BUAT.

 

Al jawab:

MACAM BANK ISLAM BUAT.

“Boleh Bro, kalau kau nak buat forex sebab bank Islam buat, kau kena follow 100% apa yang bank Islam buat.

Mula-mula kau kena lantik pegawai syariah MACAM BANK ISLAM BUAT.

Pegawai syariah tu pula kena reporting dekat penasihat syariah luar, yang bukan staf bank untuk semak dan audit sama ada ikut syariah atau tidak. Kalau tak ikut, kena baiki yang salah, MACAM BANK ISLAM BUAT.

Penasihat Syariah itu pula kena report pula kepada penasihat syariah Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti untuk audit dan semak, MACAM BANK ISLAM BUAT.

Nampak tak, ada 3 level untuk audit dan semak, bukan syok sendiri mengaku patuh syariah.

Pegawai dan penasihat syariah itu wajib kena ada latar belakang pengajian syariah. Bukan sekadar Ustaz penceramah bebas, MACAM BANK ISLAM BUAT.

Amacam? Ada bran? Kompeni Forex untung juta-juta takkan tak berani nak buat, MACAM BANK ISLAM BUAT?”.

Bacaan tambahan: Fatwa mana yang kata forex harus

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Recommended
FOREX Trading Online - Fatwa Mana Yang Kata Harus? 1.…