Pentingnya perancangan pusaka untuk ringankan beban waris

  • 1Minute
  • 124Words
  • 18Views

Keluhan saudara kita ini ada benarnya.

Isu pusaka memang selalu jadi rumit apabila berlaku kematian dalam keluarga.

Waris terpaksa mencari sendiri apa aset si mati, semak bank, semak eGUMIS, pergi Pusaka Kecil, pergi JUPEN dan macam-macam tempat.

Sepatutnya, selepas sijil kematian dikeluarkan, semua aset boleh disatukan dan waris hanya perlu mohon di satu tempat.

Malangnya, sistem kita belum bersepadu.

Proses pindah milik pula boleh ambil masa berbulan-bulan dan waris kena pantau sendiri jika ada masalah.

Inilah sebab perancangan awal sangat penting.

Wasiat, hibah, penamaan dan senarai aset bukan sekadar dokumen.

Simpan semua dokumen-dokumen penting ini dalam satu fail pusaka, untuk memudahkan waris di kemudian hari.

Ia memudahkan waris dan mengurangkan beban mereka pada hari paling sukar dalam hidup.

Sumber dari Fb Afyan Mat Rawi

Iklan
............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00

www.BukuFIRE.com

Add a Comment

Recommended
Mungkin pandangan saya ini tidak popular dan tidak disenangi oleh…