fbpx

Penyelewengan Dalam Urusniaga Hartanah

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 332Words
  • 502Views

Berdua lebih baik….

Beberapa hari ini kecah civil war dua nama besar dalam industri pelaburan hartanah. Kedua-duanya adalah rakan maya saya ada sumbangan masing-masing.

Suka saya kongsikan tulisan ini. Baca sampai habis.

PENYELEWENGAN DALAM URUSNIAGA HARTANAH

Di antara penyelewengan dalam urusniaga hartanah adalah:

  1. Jual hartanah tanpa geran.
  2. Jual hartanah milik org lain tanpa pengetahuan pemilik berdaftar.
  3. Enggan buat pindah milik walaupun bayaran harga jual beli telah dijelaskan sepenuhnya.
  4. Mengarahkan pihak-pihak menandatangani sesuatu perjanjian tanpa mereka memahami terma perjanjian tersebut.
  5. Terma perjanjian yg berat sebelah dan mengambil kesempatan ke atas pihak satu lagi.
  6. Mendesak pemilik berdaftar tandatangan surat wakil kuasa penuh yg tidak boleh dibatalkan (Full and Irrevocable Power of Attorney) dan memberi kuasa penuh kpd penerima kuasa utk melakukan apa shj atas budi bicara nya terhadap hartanah tersebut.
  7. Tidak adil dan tidak amanah dlm urusan pembahagian dan pengurusan harta pusaka.
  8. Peguam menggunakan stakeholder monies utk kepentingan peribadi.
  9. Ambil komisyen atau untung atas angin melebihi harga jualan hartanah tanpa pengetahuan dan persetujuan daripada pemilik berdaftar.
  10.  Membina projek perumahan tanpa meperolehi lesen pemajuan perumahan dan menjual dan menerima byrn drpd pembeli tanpa memperolehi permit iklan dan jualan.
  11.  Meletakkan nilaian sesuatu hartanah melebihi nilaian sebenar.

Berhati hatilah dan elakkanlah supaya tidak terlibat dgn penyelewengan dlm urusniaga hartanah. Kesannya bukan sahaja kepada diri anda tetapi melibatkan hak dan kepentingan orang lain juga.

Ingatlah! Hak dan kepentingan orang lain jangan dibuat main, kerana selagi ianya tidak diselesaikan, itu akan menjerat leher anda di akhirat kelak.

Sebab itulah, sebagai orang awam kita juga kena jadi bijak dalam urusan berkaitan guaman hartanah ini.
Tulisan di atas oleh Tuan Salkukhairi Abd Sukor, kecuali perenggan beberapa pertama. Saja saya tulis dan letak gambar ini supaya rakan-rakan baca sampai habis

Tuan Salkukhairi seorang peguam hartanah berpengalaman lebih 20 tahun.

Beliau ada tawarkan pembaca untuk dapatkan lagi tip-tip guaman hartanah. Nak?

Ebook terbaru beliau, Bijak Guaman Hartanah Dalam Masa 1 Jam, klik di sini

Nota : Semoga civil war Tuan Faizul Ridzuan dan Tuan Shafie Bustan tamat segera.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Unit Trust Terbaik Malaysia KITARAN MARKET YANG…