Perancangan Kewangan Kematian
Perancangan kewangan Islam bukan semata perancangan kewangan untuk KEHIDUPAN malah juga perancangan kewangan untuk menghadapi saat KEMATIAN.
Sebab, selepas berlaku KEMATIAN, harta si mati akan digunakan untuk urusan-urusan berikut;
1) Pengurusan jenazah
2) Melangsaikan hutang
3) Pembahagian harta sepencarian
4) Menunaikan wasiat
5) Pembahagian faraidh
Berikut dihuraikan satu per satu
1) Pengurusan jenazah
Kos urusan jenazah ditanggung oleh ‘si mati’ menggunakan harta peninggalannya.
Dari urusan mandi jenazah (kos air, kos kapur barus, kos sabun), dikapankan (kos kain kafan, kos tali pengikat kain kafan), disolatkan, dan dikebumikan (kos van jenazah, kos gali kubur oleh Tok Adi).
Kos-kos di atas memerlukan wang yang akan ditolak dari harta peninggalan si mati.
Sebab itu dalam masyarakat Melayu Muslim ada amalan khairat kematian di surau atau masjid untuk digunakan apabila berlaku kematian di dalam qaryah.
2) Melangsaikan hutang.
Hutang terbahagi kepada dua;
2.a) Hutang dengan Allah, seperti; qadha solat, qadha puasa, qadha zakat, badal haji.
Hutang-hutang di atas boleh diselesaikan melalui bayaran fidyah dan upah badal haji. Semua akan ditolak dari harta peninggalan si mati.
2.b) Hutang dengan manusia, seperti hutang rumah, hutang kereta,hutang runcit,hutang peribadi, hutang PTPTN, dan hutang-hutang lain.
Hutang-hutang ini perlu dilangsaikan menggunakan harta peninggalan si mati.
Hutang wajib dibayar sekalipun tidak dituntut. Malah dalam hadith menyebut bahawa roh jenazah orang yang mati syahid pun akan tergantung sehinggalah hutangnya diselesaikan.
3) Pembahagian harta sepencarian.
Perkara ini perlu diuruskan apabila si mati mempunyai pasangan yang masih hidup. Proses ini perlu mendapat kelulusan daripada mahkamah syariah. Saya pernah menulis sebelum ini di http://rahsiatakaful.com/v1/bagaimana-merancang-harta-sepencarian.html
Maksima tuntutan harta sepencarian selalunya 50% daripada harta peninggalan si mati. Ia bergantung kepada kadar sumbanagn pasangan sewaktu hidup.
4) Menunaikan wasiat
Wasiat atau hasrat arwah sewaktu hidup perlu ditunaikan, jika ada. Dalam berkaitan dengan urusan kewangan, wasiat tersebut tertakluk kepada 1/3 baki harta. Sebagai contoh jika arwah mahu mendermakan harta kepada anak angkat, anak yatim, masjid atas sebagainya. Ia sangat penting kerana jiak ia diwaqafkan, ia akan menjadi amal jariah si mati di dalam kubur.
5) Pembahagian faraidh.
Ini adalah perkara yang paling akhir sekali perlu dilakukan selepas urusan-urusan di atas selesai.
RUMUSAN:
Perancangan kewangan seseorang muslim perlu dirancang bukan sekadar untuk kehidupan sewaktu hidup, malah juga perlu dirancang kewangan selepas berlaku kematian. Jika tidak ia, harta atau hutang yang ditinggalkan ketika hidup akan menambah beban ahli keluarga yang tinggal.
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran
nak urus jenazah pun perlukan kos sekarang nih